Translate

23 March 2025

Ramanan sampaikan sumbangan RM190,000 kepada 16 masjid, 300 asnaf



Ramanan sampaikan sumbangan RM190,000 kepada 16 masjid, 300 asnaf

Bernama

22/03/2025


Ramanan berkata bantuan berkenaan merupakan sumbangan Bank Rakyat menerusi program Jangkauan Komuniti MADANI: Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan kepada golongan yang memerlukan di sekitar kawasan itu. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R.Ramanan hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM190,000 kepada 16 masjid serta 300 asnaf di sekitar Parlimen Sungai Buloh.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata bantuan berkenaan merupakan sumbangan Bank Rakyat menerusi program Jangkauan Komuniti MADANI: Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan kepada golongan yang memerlukan di sekitar kawasan itu.

"Saya sangat gembira hari ini sebab dapat bersama-sama dengan kanak-kanak asnaf dan golongan miskin yang hadir. Saya salut kepada Bank Rakyat atas pelaksanaan program-program seperti ini untuk membantu golongan kurang bernasib baik sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

"Syabas saya ucapkan kepada Bank Rakyat dan saya harapkan lebih banyak inisiatif-inisiatif seperti ini dapat dilakukan bukan sahaja di Parlimen Sungai Buloh tetapi juga di kawasan lain," katanya kepada pemberita pada program yang diadakan di Masjid Kota Damansara di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Pemantauan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Noor Afifah Abdul Razak dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Sementara itu, Ahmad Shahril berkata setiap masjid menerima RM10,000 bagi menganjurkan aktiviti pengimarahan sepanjang Ramadan dan Syawal manakala setiap asnaf menerima wang tunai RM100.

"Program-program seperti ini akan terus dilaksanakan oleh Bank Rakyat. Ini bukan acara tahunan, malah, jika ada keperluan Bank Rakyat akan turun padang untuk laksanakan program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini.

"Penyerahan hari ini merupakan hasil CSR dan sumbangan zakat kepada penerima," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi te' 19 secs ago
A visitor from Alabama viewed 'Dua RUU berkaitan ekonomi diluluskan di Dewan Raky' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1' 8 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Dadah Jenis ‘Fentanyl’ Dikesan Di Malaysia | BEST ' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PENIAGA MENGAMUK USIR PENGUATKUASA DBKL KEJADIAN D' 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jurujual kereta didakwa bantu sembunyi wang lebih ' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kes saman fitnah RM100 juta Synergy terhadap Shahr' 30 mins ago