Translate

26 March 2025

PM sumbang bantuan Aidlfitri kepada golongan yang memerlukan di Padang Rengas



PM sumbang bantuan Aidlfitri kepada golongan yang memerlukan di Padang Rengas

Bernama

26/03/2025


Muhammad Kamil (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada Penghulu Mukim Kota Lama Kiri Abdul Malek Hassan (dua, kiri). Hadir sama Ketua Umno Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz (kiri). - Gambar Bernama


PADANG RENGAS: Seramai 1,000 penduduk dalam kawasan Parlimen Padang Rengas yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan Aidilfitri berjumlah RM200,000 daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Sumbangan Kasih MADANI Aidilfitri, semalam.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pemberian sumbangan itu melibatkan penerima dari 45 kampung, selain diselaraskan oleh pejabat penghulu setiap mukim yang terdapat di dalam kawasan Parlimen berkenaan.

Beliau berkata, sumbangan itu membuktikan keprihatinan kerajaan menyantuni golongan kurang berkemampuan menjelang sambutan Aidilfitri.

"Peruntukan ini disalurkan secara terus melalui Pejabat Perdana Menteri kepada golongan memerlukan seperti asnaf, miskin tegar dan orang kurang upaya (OKU).

"Mudah-mudahan pemberian sumbangan khas ini memberi kelegaan dan menghadirkan senyuman kepada semua penerima yang layak," katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Perdana dan Penyerahan Sumbangan Kasih MADANI Aidilfitri di Arena Square Masjid Al-Hadhari, di sini, malam tadi.

Sementara itu, seorang penerima, Muhammad Amirul Syekal Mohd Puzi, 28, berkata, dia bersyukur kerana bantuan itu dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan perubatan yang perlu ditanggung selepas lumpuh separuh badan (pinggang ke kaki) akibat kemalangan jalan raya 11 tahun lepas.

"Setiap bulan saya perlu membelanjakan kira-kira RM300 bagi pembelian lampin pakai buang, susu dan ubat-ubatan untuk keperluan harian.

"Bagi saya pemberian sumbangan ini amat bermakna kepada saya kerana ia dapat mengurangkan separuh daripada perbelanjaan perubatan untuk bulan ini," katanya yang turut menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Seorang lagi penerima Sufiah Osman, 52, berkata, ini kali pertama dia terpilih menerima sumbangan berkenaan dan ia akan digunakan sepenuhnya dalam menyediakan kelengkapan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

"Saya rasa amat gembira sebab bukan hanya diraikan dalam majlis berbuka puasa malah dapat duit raya lagi. Duit ini akan saya gunakan untuk keperluan keluarga untuk Aidilfitri ini.

"Terima kasih juga saya ucapkan kepada Perdana Menteri atas sumbangan yang diberikan kepada kami selaku penerima dalam Parlimen ini," kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Cadangan undang-undang FOI perlu cermin realiti Ma' 2 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 2 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Syarikat rugi lebih RM40,000 wang jualan dilarikan' 11 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'MIDA perkenal Pas Pelabur untuk galak pelaburan as' 19 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Tindakan tegas, s' 22 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 22 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Tindakan tegas, s' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pasukan Penyelamat Malaysia diiktiraf dunia' 24 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR ' 24 mins ago
A visitor from New york viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago