Translate

26 March 2025

Saman serta-merta pemandu bas ekspres turun penumpang di luar kawasan terminal



Saman serta-merta pemandu bas ekspres turun penumpang di luar kawasan terminal

Bernama

26/03/2025


Stien Van Lutam (tiga, kiri) ketika melakukan pemeriksaan ke atas pemandu bas ekspres. - Foto fail/BERNAMA


JITRA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah memberi amaran akan mengambil tindakan saman serta-merta kepada pemandu bas ekspres yang masih berdegil menurunkan penumpang di kawasan tidak dibenarkan.

Pengarahnya Stien Van Lutam berkata setakat ini dua kesalahan telah dikesan menerusi Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 yang dilancarkan mulai 24 Mac hingga 8 April ini.

"Anggota JPJ yang melakukan penyamaran mengesan pemandu bas ekspres berusia 29 tahun dalam perjalanan dari Ipoh ke Sungai Petani telah bertindak menurunkan penumpang di kawasan tidak dibenarkan atau di luar terminal bas.

"Seorang lagi pemandu bas ekspres berusia 27 tahun turut dikesan melakukan kesalahan sama ketika dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kelantan, selain memotong di garisan berkembar," katanya kepada pemberita di Plaza Tol Jitra (arah Selatan) di sini malam tadi.

Beliau berkata tindakan menurunkan penumpang di kawasan tidak dibenarkan bukan sahaja membahayakan penumpang, tetapi juga menjadi punca kemalangan dan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, Stien berkata operasi khas selama 14 hari itu membabitkan 271 anggota JPJ di seluruh negeri yang dibekukan cuti mereka bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pergerakan pengguna jalan raya, di samping dalam usaha meminimunkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.

Beliau berkata JPJ akan terus memberi keutamaan kepada sembilan kesalahan utama antaranya tidak mematuhi peraturan had laju, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan serta menggunakan telefon bimbit.

"Pengguna yang pulang ke kampung nanti dinasihatkan agar bersabar dalam pemanduan, tidak beremosi dan pastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 53 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '21 kenderaan berat langgar perintah larangan berge' 1 min ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Pasukan Penyelamat Malaysia diiktiraf dunia' 10 mins ago
A visitor from California viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 13 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 17 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 25 mins ago
A visitor from Zagreb viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 34 mins ago