Translate

26 March 2025

Kes penipuan cip AI Nvidia dalam siasatan, MITI teruskan kerjasama dengan pasukan penyiasat



Kes penipuan cip AI Nvidia dalam siasatan, MITI teruskan kerjasama dengan pasukan penyiasat

Bernama

26/03/2025


Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pihak kementerian memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata isu berkaitan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan yang didakwa melibatkan Malaysia masih dalam siasatan.

Menteri berkenaan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pihak kementerian memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

"Kita memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasatan yang terdiri daripada MITI bersama-sama dengan agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)," katanya kepada pemberita di luar acara Program Iftar Kasih Ukhwah hari ini.

Beliau berkata segala perkembangan terkini berhubung kes tersebut akan dimaklumkan kepada media.

Pada 3 Mac, MITI menerusi satu kenyataan memaklumkan sedang menyiasat dakwaan cip AI Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan dialihkan dari Singapura ke Malaysia.

Langkah itu diambil susulan laporan media yang memetik Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura K Shanmugam sebagai berkata pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di negara itu mungkin mengandungi cip AI Nvidia, yang kemudiannya dipindahkan ke Malaysia.

Dilaporkan cip AI Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan didakwa dipindahkan ke Malaysia dari Singapura.

Menurut laporan berita dari Singapura, cip tersebut didakwa dibenam dalam pelayan yang dibekalkan oleh Dell dan Supermicro kepada syarikat yang berpangkalan di Singapura sebelum dipindahkan ke Malaysia.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nevada viewed 'RAMADAN " BUKA PUASA " BUFFET OFFERS 2013 - E - FL' 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pensyarah didakwa lakukan s**s guna objek, persetu' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM arah NACSA, MKN bekerjasama rap' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bekas pekerja restoran mengaku tidak bersalah soko' 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Sumbangan Asas Rahmah diperluas kepada 5.4 juta pe' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sembilan ahli kongsi gelap direman bantu kes lelak' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki OKU tu' 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bekas kontraktor dipenjara 30 tahun bunuh isteri |' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pensyarah didakwa lakukan s**s guna objek, persetu' 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'AirAsia sahkan tiada kebakaran enjin pada penerban' 42 mins ago