Translate

24 March 2025

Polis siasat dakwaan wanita ditampar pemandu kereta



Polis siasat dakwaan wanita ditampar pemandu kereta

Bernama

24/03/2025


Menurut Supt Mohd Hamizi, kedua-dua wanita yang ditampar dan pemandu lelaki itu pergi ke balai polis pada hari kejadian tetapi tiada laporan dibuat.


LABUAN: Polis sedang menyiasat insiden wanita ditampar seorang pemandu lelaki selepas berlaku pertengkaran di jalan raya berhampiran Pasar Raya Besar Bataras di Jalan Tun Mustapha di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Labuan Supt Mohd Hamizi Halim berkata insiden membabitkan wanita berusia 28 tahun itu dipercayai berlaku pada 2 petang selepas keretanya hampir bertembung dengan kenderaan suspek yang berusia 40 tahun.

Lelaki itu dikatakan memandu secara melulu, menyebabkan wanita berkenaan terpaksa menekan brek secara mengejut untuk mengelakkan perlanggaran.

"Berikutan itu, berlaku pertengkaran dan suspek dikatakan menampar pipi kiri wanita berkenaan," katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Hamizi berkata kedua-duanya pergi ke balai polis pada hari kejadian tetapi tiada laporan dibuat.

Beliau berkata mereka kembali ke balai polis pada Sabtu untuk membuat laporan dan polis membuka dua kertas siasatan terhadap suspek, pertama di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan yang kedua di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian yang telah tular itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Louisiana viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 10 secs ago
A visitor from Washington viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 20 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 30 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri | BEST F' 32 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 34 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 57 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Our "moral keepers" have ruled that these two wome' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'UBER CEO Argues with UBER Driver | BEST FBKL' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Malaysian Woman Finds True Love, Flies to China To' 2 hrs 11 mins ago