Translate

25 March 2025

Aidilfitri: Lebih 700 anggota polis Selangor bertugas pastikan kelancaran trafik



Aidilfitri: Lebih 700 anggota polis Selangor bertugas pastikan kelancaran trafik

Bernama

25/03/2025


Hussein berkata, 49 kereta peronda polis dan 87 anggota unit rondaan bermotosikal akan menjalankan rondaan di 18 lokasi dijangka mengalami kesesakan teruk. - Bernama


KAJANG: Polis Selangor menugaskan 71 pegawai dan 646 anggota bagi memastikan kelancaran aliran trafik sempena Aidilfitri.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata 49 kereta peronda polis dan 87 anggota unit rondaan bermotosikal akan menjalankan rondaan di 18 lokasi dijangka mengalami kesesakan teruk.

Beliau berkata lokasi terbabit antaranya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Plaza Tol Gombak, Jalan Klang-Teluk Intan, Jalan Kuala Selangor-Rawang dan Plaza Tol Sungai Besi.

"Kita menjangkakan 1.6 juta kenderaan akan keluar dan masuk di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena hari raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Azrin Borhan.

Sementara itu, mengenai kejadian samun bersenjata api di sebuah kedai emas di Kota Damansara Sabtu lepas, Hussein berkata siasatan kes itu kini hampir selesai.

Beliau berkata polis telah merakamkan 12 keterangan termasuk saksi dan suspek yang merupakan seorang anggota polis bantuan sebuah syarikat utiliti.

Sebelum ini, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 32 tahun selepas disyaki melarikan tujuh dulang barang kemas dengan kerugian dianggarkan bernilai RM2 juta.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Tennessee viewed 'North Korea accuses Malaysia of Colluding With Hos' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nation celebrates dedicati' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 4 hrs 9 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 4 hrs 15 mins ago