Translate

28 May 2021

Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tahun

Penderitaan seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak 12 tahun 

Gadis jadi 'pemuas nafsu' bapa sejak berusia 6 tahun


Astro Awani

BUKIT MERTAJAM: Penderitaan seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak 12 tahun lalu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan membuat laporan dicabul bapanya yang berusia 45 tahun, Selasa lepas.

Mangsa memberitahu bapa yang bekerja sebagai juruteknik telah mencabulnya ketika berada di ruang tamu rumah mereka di sebuah apartment di Bukit Mertajam.

"Bagaimanapun hasil soal siasat lanjut ke atas mangsa mendapati dia sebenarnya dipercayai telah dipaksa melakukan hubungan seks sejak berusia enam tahun malah pernah diliwat semasa berusia 15 tahun.

"Kejadian itu dipercayai berterusan sehingga dia berusia 18 tahun. Mangsa merahsiakan kejadian tersebut daripada pengetahuan ibunya kerana tidak mahu menjejaskan hubungan kedua-dua ibu bapanya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun akibat tertekan mangsa akhirnya membuka mulut dan tampil membuat laporan polis.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut.

Shafee berkata, polis kini sedang mengesan suspek yang dipercayai telah melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada' 5 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Royalties Participating in the Sea Games | BEST FB' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 1 hr 1 min ago
A visitor from Alabama viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna' 1 hr 17 mins ago
A visitor from California viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Zagreb viewed 'Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR ' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang tidak terkesan, Komtar di' 2 hrs 6 mins ago