Translate

31 May 2021

PKP Fasa 1- "One Stop Centre" Diwujudkan Untuk Permohonan Surat Kebenaran Beroperasi Bagi Sektor Dibenarkan Bermula 1-14 June 2021







'Total lockdown': Surat kebenaran beroperasi kini dikeluarkan pusat sehenti MITI - MKN
ASTRO AWANI
Mei 31, 2021 18:38 MYT

Semua surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh MITI sebelum ini adalah terbatal mulai 1 Jun. Foto - Gambar hiasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Surat kebenaran beroperasi bagi tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) fasa pertama bermula 1 Jun ini akan dikeluarkan menerusi sebuah pusat sehenti yang diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Bagaimanapun, surat tersebut hanya akan dikeluarkan setelah disahkan kementerian-kementerian berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan bahawa langkah itu diambil selepas semua surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh MITI sebelum ini adalah terbatal mulai 1 Jun.


“Sidang Khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini memutuskan supaya sebuah pusat sehenti (one stop centre) yang diselaraskan oleh MITI diwujudkan untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan perlu setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan,” menurut kenyataan itu.



Permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan oleh MITI.

Sistem permohonan itu turut melibatkan semua kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan sekatan tersebut.


Bagaimanapun, laman sesawang portal CIMS 3.0 MITI masih belum dikemas kini setakat jam 6.30 petang kerana masih menampilkan mesej bahawa permohonan melalui portal tersebut hanya bagi sektor perkilangan sahaja.

Sebelum ini, MKN menyatakan bahawa surat kebenaran perlu dimohon daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor tertentu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed '50 Anggota SMART Berlepas Ke Myanmar Pagi Tadi | B' 33 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Korban Gempa Bumi Di Myanmar Terus Meningkat | BES' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kebanyakan Negara Arab Sambut Aidilfitri Hari Ini ' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed '‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang | BEST FBKL' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang | BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 22 mins ago