Translate

31 May 2021

Vaksin COVID-19: Kerajaan Setuju Laksana Program Trak Bergerak

Trak Vaksin Bergerak bagi pemberian vaksin COVID-19 di kawasan-kawasan penularan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Vaksin COVID-19: Kerajaan setuju laksana program trak bergerak

Astro Awani

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju melaksanakan program Trak Vaksin Bergerak bagi pemberian vaksin COVID-19 di kawasan-kawasan penularan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berhubung perkara itu.

"Kita akan mulakan 'pilot project’ (projek perintis) di projek perumahan rakyat (PPR) dan kawasan pembinaan yang masih beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Mengulas lanjut, Khairy berkata sebanyak 30 trak bergerak dijangka digunakan sepanjang tempoh awal tersebut, dengan pihaknya menyasarkan 100 dos pemberian vaksin sehari.

Katanya lagi, kerajaan akan memutuskan kemudian sama ada program Trak Vaksin Bergerak akan diperluaskan kepada skala yang lebih besar.

Berhubung pemberian vaksin, Khairy berkata setakat semalam (30 Mei), sebanyak 2,913,009 dos telah diberikan.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'KKM teliti permi' 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam' 27 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Pembelaan Najib tutup kes, mahkamah tetap 21' 30 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pembelaan Najib tutup kes, mahkamah tetap 21' 31 mins ago
A visitor from Washington viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 41 mins ago
A visitor from Edison viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 41 mins ago
A visitor from New york viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 52 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pengundian tamat, pengiraan und' 55 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 55 mins ago
A visitor from Muar town viewed '20,000 dijangka penuhi KLCC sempena Sidang Kemunca' 1 hr 54 mins ago