Translate

28 May 2021

Hospital Selayang Pula Terpaksa Guna Kontena Simpan Jenazah Pesakit COVID-19 (Video)

Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan mayat pesakit COVID-19.

Hospital Selayang pula guna kontena simpan jenazah pesakit COVID-19

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Mei -- Selepas Hospital Sungai Buloh di Selangor, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan mayat pesakit COVID-19.

Ketua Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang Dr Zairee Omar berkata kapasiti peti sejuk untuk penyimpanan mayat yang ditempatkan di unit forensik hospital itu hanya mampu menampung 16 mayat dalam satu-satu masa.

Berikutan itu katanya, Hospital Selayang terpaksa menggunakan kontena khas tersebut sebagai peti simpanan mayat tambahan yang boleh menyimpan 20 mayat.

“Kita terima kontena ini daripada Jabatan Kesihatan Selangor semalam dan kita terpaksa guna kaedah ini kerana peti simpanan mayat sedia ada ketika ini tidak dapat menampung jumlah mayat yang semakin meningkat,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sebelum ini, Unit Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menggunakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan mayat pesakit COVID-19 berikutan peningkatan kes kematian akibat wabak itu.

Angka korban COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan 59 kes kematian baharu semalam, yang menyaksikan jumlah keseluruhan maut wabak itu kini sebanyak 2,491.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Belfast viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 55 secs ago
A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 4 hrs 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 31 mins ago