Translate

29 May 2021

Bapa Durjana Rogol Anak Direman (Video)

Lelaki yang menjadikan anak kandungnya sebagai pemuas nafsu sejak berusia enam tahun direman selama tujuh hari

 



Bapa durjana rogol anak direman

Astro Awani

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang menjadikan anak kandungnya sebagai pemuas nafsu sejak berusia enam tahun direman selama tujuh hari pada Sabtu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Hasliza Razak bermula hari ini sehingga 4 Jun ini.

Penahanan itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Juruteknik di sebuah kilang berusia 45 tahun itu ditahan polis di kawasan Bukit Tengah, Bukit Mertajam pada jam 4.45 petang Jumaat.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan, penderitaan seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak berusia 6 tahun akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad dilaporkan berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan membuat laporan dicabul bapanya itu, Selasa lepas.

Mangsa memberitahu bapa yang bekerja sebagai juruteknik telah mencabulnya ketika berada di ruang tamu rumah mereka di sebuah pangsapuri di Bukit Mertajam.

Bagaimanapun hasil soal siasat lanjut ke atas mangsa mendapati dia sebenarnya dipercayai telah dipaksa melakukan hubungan seks sejak berusia enam tahun malah pernah diliwat semasa berusia 15 tahun.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed '50 Anggota SMART Berlepas Ke Myanmar Pagi Tadi | B' 32 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Korban Gempa Bumi Di Myanmar Terus Meningkat | BES' 59 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kebanyakan Negara Arab Sambut Aidilfitri Hari Ini ' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed '‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang | BEST FBKL' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 22 mins ago