Translate

29 May 2021

Menteri Mohd Khairuddin Menafikan Dia Ditahan di SJR dan Berkahwin Dengan Mawar Abdul Karim


Mawar Abdul Karim

Polis sahkan, Mohd Khairuddin nafi ditahan di SJR, dakwaan jalin hubungan dengan selebriti tidak benar

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan beliau telah ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Kemaman pada 16 Mei lalu.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menafikan dakwaan kononnya beliau menjalin hubungan dengan seorang wanita berprofil tinggi.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin menegaskan, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan berkenaan.

"Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya.

"Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar," kata Khairuddin dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu.

Terdahulu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik mengesahkan, pihaknya ada memeriksa kenderaan yang dinaiki Mohd Khairuddin ketika melalui SJR Perasing pada tarikh berkenaan.

Bahkan, kata Roslee, kes itu sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

"Siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan sedang disiasat oleh USJT Bukit Aman. Siasatan penuh juga akan dijalankan termasuk semua mesej berangkai yang ditularkan sejak Rabu membabitkan Ahli Parlimen itu,” kata Roslee kepada Astro AWANI.

Nama Mohd Khairuddin menjadi bahan perdebatan di media sosial selepas didakwa menaiki sebuah kenderaan ditemani seorang wanita berprofil tinggi.

Kenderaan tersebut dilaporkan ditahan oleh polis ketika melalui SJR.




Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang dilaporkan ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) Perasing,

Kes Mohd Khairuddin disiasat Bukit Aman


Astro Awani

KUALA TERENGGANU: Kes melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang dilaporkan ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Kemaman sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik yang mengesahkan perkara itu berkata, sebarang perkembangan kes harus dirujuk pada USJT memandangkan unit itu sudah mengambil alih siasatan.

Beliau dalam masa sama mengesahkan kenderaan yang dinaiki Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu ditahan polis ketika melalui SJR Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.

"Siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan sedang disiasat oleh USJT Bukit Aman. Siasatan penuh juga akan dijalankan termasuk semua mesej berangkai yang ditularkan sejak Rabu membabitkan Ahli Parlimen itu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.

Sementara itu, portal Malaysiakini melaporkan, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar mengesahkan bahawa siasatan sedang dilakukan.

Bagaimanapun, polis katanya, membuka kertas inkuiri terlebih dahulu bagi memastikan apakah ada kesalahan yang dilakukan dalam kejadian berkenaan.

“Kita buka kertas inkuiri polis dahulu. Kita akan panggil semua yang berkaitan dengan isu ini untuk pertanyaan.

“Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di SJR dan jika ada berlaku apa-apa kesalahan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sejak beberapa hari lalu, penahanan Mohd Khairuddin di SJR Perasing tular di media sosial yang turut mendakwa beliau ditemani seorang wanita berprofil tinggi dalam kenderaan dinaiki mereka.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED