Translate

31 May 2021

Safawi Dan Sumareh 'Bergelut', Apa Cerita? (Video)

Pergaduhan antara dua tonggak negara, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh.

Safawi dan Sumareh 'bergelut', apa cerita?

Astro Awani

KETIKA pasukan negara sedang giat melakukan persiapan bagi mengharungi baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, pastinya hubungan yang baik antara pemain juga diperlukan.

Justeru tidak hairanlah ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, tampak cemas dan risau apabila tercetusnya 'pergaduhan' antara dua tonggak negara, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh.

Dalam satu video yang tular di laman sosial, Safawi dan Sumareh saling menolak bahu sebelum 'bergelut' sehingga memaksa rakan sepasukan masuk campur untuk menenangkan mereka.

Namun jangan bimbang, pergaduhan itu hanya gimik atau prank buat Cheng Hoe yang menyambut hari lahirnya yang ke 53, hari ini.

Lakonan itu dilihat berjaya mengalihkan perhatian Cheng Hoe ketika kek hari jadi dibawa masuk.

Di YouTube, penyokong bola sepak gembira melihat hubungan akrab antara pemain dan kakitangan pasukan, malah ada juga yang memuji 'bakat' lakonan kedua-dua pemain itu.

Skuad negara yang kini berada di Bahrain akan bertemu UAE 3 Jun ini, diikuti Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

FOR MORE NEWS GO TO:



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Dubai viewed 'Tourism Malaysia dan Emirates tandatangan MoU, tar' 25 secs ago
A visitor from Columbus viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 1 min ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '20,000 dijangka penuhi KLCC sempena Sidang Kemunca' 32 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Datuk ditahan sekali lagi kemuka butir matan palsu' 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 1 min ago
A visitor from Shah alam viewed 'Beri Talak Satu Kerana Saya Tidak Pernah 'Give Up'' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Belovo viewed 'Viral Video making its rounds on Social Media toda' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk ditahan sekali lagi kemuka butir matan palsu' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Seniwati Sophia Ibrahim meninggal dunia pada usia ' 1 hr 28 mins ago