Translate

29 May 2021

Sembilan Individu Dikompaun RM65,000 Raikan Majlis Hari Lahir Di Pejabat

Sambutan hari lahir di sebuah pejabat di Pusat Dagangan NZX, Ara Damansara, di sini semalam

Sembilan individu dikompaun RM65,000 raikan majlis hari lahir

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Mei -- Akibat meraikan sambutan hari lahir di sebuah pejabat di Pusat Dagangan NZX, Ara Damansara, di sini semalam, sembilan kakitangan pejabat berkenaan dikenakan kompaun RM65,000 keseluruhannya kerana melanggar prosedur operasi standarad (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lapan individu dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang manakala penganjur majlis itu dikenakan kompaun RM25,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata kesemua individu berkenaan dikompaun pada 2.15 petang oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang membuat pemeriksaan mengejut.

Beliau berkata dalam pemeriksaan itu, pasukan pematuhan PKP IPD Petaling Jaya mendapati majlis itu diadakan di dalam sebuah bilik yang di dalamnya terdapat sembilan individu terdiri daripada lima wanita dan empat lelaki berumur lingkungan 23 hingga 45 tahun.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati majlis sambutan hari lahir itu merupakan aktiviti yang terlarang sebagaimana di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Kesemua individu yang diperiksa dikenakan kompaun di bawah Peraturan 9 iaitu aktiviti terlarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka dan mematuhi SOP agar dapat bersama-sama memutuskan rantaian COVID-19 bagi kesejahteraan bersama.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Suspek pecah rumah di Subang Jaya selesai jalani p' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kereta terbakar dipercayai akibat mercun | BEST FB' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cadangan undang-undang FOI perlu cermin realiti Ma' 14 mins ago
A visitor from Shenzhen viewed 'Sebenarnya.my chatbot AIFA launched to combat fake' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jalan Gua Musang-Kuala Lipis semakin sesak, pertam' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR ' 26 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'President Trump's senior advisor Kellyanne Conway ' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis kenal pasti 66 'blackspot', perk' 39 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna' 47 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Brazilian tourist raped by taxi driver in Thailand' 1 hr 9 mins ago