Translate

30 May 2021

Covid-19 Malaysia Full Data | New Cases- 6,999 Total- 565,533 | Recovered- 5,121, Active- 78,017 | Deaths- 79, Total- 2,729


Kenyataan Akhbar KPK 30 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

30 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,121 kes (484,787 kes kumulatif, 85.7%);
  • Kes baharu : 6,999 kes (565,533 kes kumulatif);
  • Kes import : 4 kes (3 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,995 kes [6,385 warganegara (91.3%); 610 bukan warganegara (8.7%)];
  • Kes aktif : 78,017 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :846 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 419 kes;
  • Kes kematian : 79 kes (2,729 kes kumulatif, 0.48%; 78 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,163 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,528 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 635 kluster.

Sebanyak 79 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing 15 kes di Selangor dan Negeri Sembilan, 13 kes di Kedah, 12 kes di Johor, lima (5) kes di Pulau Pinang, masing-masing empat (4) kes di Terengganu dan Melaka, masing-masing tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, dua (2) kes di Sabah, dan masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Perak, dan Pahang.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI SEMASA SISTEM KESIHATAN DI MALAYSIA DAN PERANAN SEMUA PIHAK DALAM SAMA-SAMA MENDEPANI KRISIS BERHADAPAN DENGAN COVID-19

Seperti yang KKM telah maklumkan kepada umum, penularan COVID-19 semakin meruncing. Nilai Rt negara terkini adalah 1.16 dan jumlah kes dilaporkan saban hari menunjukkan tren kenaikan yang mendadak secara exponential. Kenaikan satu ribu sehingga dua ribu kes sehari adalah tidak mustahil. Kita telah melihat jumlah kes kematian tertinggi harian iaitu sebanyak 98 kes pada 29 Mei 2021 akibat COVID-19. Situasi ini juga mungkin akan berterusan dan tidak mustahil boleh terus meningkat lagi.

Jumlah katil di Unit Rawatan Rapi, hospital-hospital COVID-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 semakin berkurangan dan berkemungkinan tidak mencukupi. KKM juga telah memberi amaran kemungkinan berlaku situasi di mana para doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil ICU bagi pesakit yang mempunyai potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya adalah lebih rendah (poor prognosis).

Ini adalah situasi sukar yang mendepani kita semua, dan KKM ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama berganding bahu bagi hadapi sekarang.

Semua pihak perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab, tidak kira Kerajaan, agensi-agensi berkaitan dan juga rakyat secara keseluruhannya.

1. Peranan Kerajaan:

a.      KKM menyambut baik pengumuman keputusan Sidang Majlis Keselamatan Negara yang telah diperincikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan sebentar tadi. Ini adalah antara tindakan yang diperlukan bagi membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19.

b.      Kawalan sempadan dan pintu masuk antarabangsa yang ketat bagi memastikan negara terlindung daripada pelbagai varian virus SARS-CoV-2 yang baharu yang terus menular di pelbagai negara. Sekatan bagi negara-negara tertentu diteruskan, tempoh kuarantin bagi penumpang yang tiba dari luar negara juga telah dipanjangkan. Tempoh kuarantin ini akan dilanjutkan kepada 21 hari berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan. Misalnya tempoh kuarantin bagi lima (5) negara berisiko tinggi seperti India, Pakistan, Sri Lanka, Nepal, dan Bangladesh adalah selama 21 hari. Mereka yang tiba dari luar negara akan dikuarantin di stesen kuarantin yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan.

c. Meningkatkan aktiviti-aktiviti Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bersama agensi-agensi Kerajaan dan swasta untuk mencapai liputan imuniti kelompok (herd immunity) di Malaysia.

2. Peranan Rakyat Malaysia:

  • Duduk di rumah setiap masa.
  • Sekiranya perlu keluar untuk sebarang urusan penting, lindungi diri dengan memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan sekurang-kurangnya dua (2) minit atau menggunakan hand sanitizer.
  • Ringkasan nasihat kepada orang ramai mengenai pemakaian pelitup muka:
    • WAJIB mengenakan sekurang-kurangnya satu lapis pelitup muka di tempat awam (jenis perubatan atau fabrik). Pelitup muka 3 lapis perubatan menawarkan perlindungan yang lebih baik.
    • SANGAT DIGALAKKAN mengenakan pelitup muka berganda terutama di tempat awam yang sesak dan kurang pengudaraan, iaitu satu (1) pelitup muka perubatan (3-ply medical/surgical mask) di bahagian dalam DAN satu (1) pelitup muka fabrik di luar.
    • DINASIHATKAN juga untuk mengenakan pelindung muka (face shield) bersekali dengan pelitup muka berganda di KAWASAN AWAM RISIKO TINGGI untuk perlindungan tambahan (misalnya hospital/klinik, kawasan awam yang sesak, kawasan kurang pengudaraan)Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di negeri anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline
  • Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan segera.
  • Lindungilah ahli keluarga kita terutamanya warga emas dan mereka yang berisiko tinggi. Sekiranya mereka tidak sihat, dapatkan bantuan kecemasan.

3. Tindakan kesiapsagaan KKM:

  • Terus menjalankan lebih ujian di lapangan:
    • Saringan COVID-19 telah menunjukkan pertambahan yang mendadak di mana purata ujian (RT-PCR dan RTK-Ag) harian hanyalah sebanyak 63,925 ujian sebelum 14 Mei 2021 berbanding purata ujian harian bagi tempoh 23 Mei 2021 hingga 29 Mei 2021 iaitu sebanyak 91,608 ujian (pertambahan sebanyak 30.2 peratus).
    • Penggunaan Ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) sebagai ujian saringan COVID-19 membantu bagi mengesan wabak COVID-19 dengan cepat dalam jumlah yang besar selain penyumberluaran ujian saringan COVID-19 ke makmal swasta.
  • Meningkatkan jumlah katil di hospital COVID-19 dan hospital hybrid COVID-19
    • Ini dilaksanakan dengan mengenalpasti lebih banyak ruang di dalam hospital untuk ditukar fungsi (repurpose) sebagai katil ICU dan menyediakan peralatan perubatan serta kelengkapan lain yang diperlukan.
    • Hospital Medan ICU di Hospital Kepala Batas serta cadangan pengambilmilikan sementara Hospital Pakar Kanak-kanak UKM juga adalah antara langkah meningkatkan kapasiti ICU.
    • Kerjasama dengan NGO bantuan perubatan untuk membuka lebih banyak ICU mengikut kesesuaian kawasan dan keperluan setempat.
    • Jumlah and peratus penggunaan katil di hospital COVID-19 dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (data sehingga 29 Mei 2021):
      • PKRC: 27,183 katil (65 peratus penggunaan)
      • Hospital COVID-19: 10,190 (85 peratus penggunaan)
      • Katil ICU: 1,698 katil (88 peratus penggunaan)
      • Katil ICU untuk COVID-19: 1,113 katil (104 peratus penggunaan)
      • Ventilator: 2,138 (60 peratus penggunaan keseluruhan, 39 peratus penggunaan for COVID-19
  • Meningkatkan sumber manusia bagi kegunaan di semua fasiliti di atas:
    • Sumber tenaga manusia merupakan antara cabaran utama dan ramai anggota telah pun dimobilisasi untuk menjalankan lain-lain fungsi dalam pengurusan pandemik ini. Anggota KKM daripada pelbagai kategori termasuklah pakar bedah di beberapa hospital telah pun dimobilisasi untuk perawatan pesakit COVID-19.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Mei 2021 @ 5:00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,477 (1)184,815
SABAH19062,037
WP KUALA LUMPUR616 (1)58,267
JOHOR43357,894
SARAWAK51346,675
PULAU PINANG24828,298
KELANTAN  61227,093
NEGERI SEMBILAN468 (2)26,052
PERAK21220,379
KEDAH42218,445
MELAKA20211,734
PAHANG2399,358
TERENGGANU2148,567
WP LABUAN1333,556
WP PUTRAJAYA131,864
PERLIS7499
JUMLAH KESELURUHAN6,999 (4)565,533

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 79 kes kematian pada 30 Mei 2021 adalah seperti berikut:

NO. KEMATIANNEGERIJANTINAWARGA-NEGARAUMUR (TAHUN)HOSPITALLATAR BELAKANG PENYAKIT
2651SarawakLelakiWN73Hospital BintuluKencing manis, darah tinggi, paru-paru, gout, jantung, dan penyakit hati kronik
2652SelangorLelakiWN33Hospital AmpangMultiple myeloma
2653SarawakLelakiWN75Hospital SibuDarah tinggi, dan kanser
2654SelangorLelakiWN74Hospital Sungai BulohKencing manis dan darah tinggi
2655SelangorPerempuanWN74Hospital Sungai BulohDarah tinggi dan jantung
2656JohorLelakiWN70Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi dan dislipidemia
2657Pulau PinangLelakiWN73Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang
2658KedahLelakiWN76Hospital Kuala NerangStrok
2659KedahPerempuanWN68Hospital Kuala NerangKencing manis
2660SabahPerempuanWN74Hospital Lahad Datu
2661WP Kuala LumpurLelakiWN76Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPituitary microadenoma, darah tinggi, dan spinal stenosis
2662MelakaLelakiWN59Hospital MelakaDarah tinggi dan buah pinggang kronik
2663SelangorPerempuanWN54Hospital AmpangLeukemia
2664JohorPerempuanWN79Hospital MersingDarah tinggi
2665Negeri SembilanLelakiWN51Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, gout, Obstructive sleep apnoea, penyakit hati, dan dislipidaemia
2666Negeri SembilanLelakiWN70Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2667KedahPerempuanWN52Hospital Kuala NerangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
2668TerengganuLelakiWN78Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis dan darah tinggi
2669SelangorPerempuanWN72Institut Kanser NegaraKencing manis dan kanser
2670SelangorLelakiWN58Hospital AmpangKencing manis dan darah tinggi
2671SelangorLelakiWN72Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dan jantung
2672JohorLelakiWN61Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2673Negeri SembilanPerempuanWN63Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDislipidemia
2674Negeri SembilanLelakiWN49Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi
2675KedahLelakiWN62Hospital Sultan Abdul Halim,        Sungai PetaniKencing manis
2676SelangorLelakiWN72Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
2677SabahPerempuanWN72Hospital Lahad DatuKencing manis, darah tinggi, dan jantung
2678Pulau PinangPerempuanWN73Hospital Kepala BatasDarah tinggi
2679Negeri SembilanLelakiWN79Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan strok
2680KedahLelakiWN73Hospital Kuala NerangDarah tinggi dan jantung
2681KedahPerempuanWN33Hospital KulimDarah tinggi dan dislipidemia
2682MelakaPerempuanWN70Hospital MelakaDarah tinggi, gout, dan dislipidemia
2683TerengganuPerempuanWN83Hospital Sultanah Nur Zahirah,      Kuala TerengganuKencing manis, darah tinggi, dan jantung
2684SelangorPerempuanWN69HospitalSungai BulohKencing manis dan darah tinggi
2685JohorLelakiWN68Hospital Sultanah Aminah, Johor BharuKencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan strok
2686Negeri SembilanPerempuanWN46Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, dan obesiti
2687MelakaPerempuanWN84Hospital MelakaDarah tinggi dan dislipidemia
2688SelangorLelakiWN80Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan jantung
2689Negeri SembilanLelakiWN78Hospital Tuanku Jaafar, SerembanParkinson dan gout
2690KedahLelakiWN84Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarTiroid dan benign prostatic hyperplasia
2691KedahLelakiWN87Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarKencing manis, darah tinggi, jantung, dyslipidemia, dan buah pinggang kronik
2692KedahPerempuanWN78Hospital Sultan Abdul Halim,            Sungai PetaniDarah tinggi, paru-paru, dan dislipidemia
2693KedahPerempuanWN73Hospital Sultanah Bahiyah,  Alor SetarKencing manis dan darah tinggi
2694KedahPerempuanWN70Hospital Sultanah Bahiyah,  Alor SetarDislipidemia
2695TerengganuPerempuanWN84Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis dan darah tinggi
2696WP Kuala LumpurLelakiWN69Hospital AmpangMultiple myeloma
2697KedahPerempuanWN62Hospital Sultanah Bahiyah,  Alor SetarKencing manis dan strok
2698WP LabuanLelakiWN54Hospital LabuanObesiti, kencing manis, dan darah tinggi
2699SelangorPerempuanWN63Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan dislipidemia
2700WP Kuala LumpurLelakiWN73Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
2701SarawakPerempuanWN83Jenazah dibawa ke Hospital Umum Sarawak, KuchingDarah tinggi
2702KedahLelakiWN66Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarBuah pinggang kronik dan strok
2703SelangorPerempuanWN84Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
2704SelangorPerempuanWN71Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangDarah tinggi
2705SelangorLelakiWN57Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis dan darah tinggi
2706JohorLelakiWN52Hospital Sultan Ismail, Johor BharuKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2707JohorLelakiWN51Hospital Sultan Ismail, Johor BharuKencing manis, paru-paru, dan obesiti
2708Negeri SembilanPerempuanWN53Jenazah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah,       Kuala PilahKencing manis
2709MelakaLelakiWN71Jenazah dibawa ke Hospital Melaka
2710PahangLelakiWN64Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanKencing manis dan darah tinggi
2711TerengganuLelakiWN67Hospital KemamanKencing manis, darah tinggi, dan kanser
2712SelangorLelakiWN38Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, gout, dan buah pinggang kronik
2713JohorLelakiWN75Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu
2714JohorLelakiWN74Hospital Sultanah Aminah, Johor BharuKencing manis, darah tinggi, jantung, dan hypothyroidism
2715JohorLelakiWN61Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu
2716JohorLelakiWN57Hospital Sultanah Aminah, Johor BharuKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2717JohorLelakiWN57Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatKencing manis dan buah pinggang kronik
2718Pulau PinangPerempuanWN80Jenazah dibawa ke Hospital Pulau Pinang
2719Pulau PinangPerempuanWN82Hospital Pulau PinangKencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
2720Pulau PinangPerempuanWN56Hospital Seberang Jaya
2721Negeri SembilanLelakiWN85Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan jantung
2722Negeri SembilanLelakiWN82Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi dan strok
2723Negeri SembilanLelakiWN80Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
2724Negeri SembilanLelakiWN66Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi
2725Negeri SembilanPerempuanWN62Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, dan darah tinggi
2726Negeri SembilanLelakiWN49Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
2727Negeri SembilanPerempuanWN47Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis
2728PerakLelakiWN76Hospital Teluk Intan
2729JohorPerempuanBWN43Jenazah dibawa ke Hospital Kulai

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,999 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2477831,7071686
WP KUALA LUMPUR6162012921122
KELANTAN612116379117
SARAWAK5135399109
NEGERI SEMBILAN468198213255
JOHOR43392236105
KEDAH42216279127
PULAU PINANG2485490104
PAHANG2395712755
TERENGGANU2144613830
PERAK2123513047
MELAKA2024513720
SABAH1904310146
WP LABUAN133742633
WP PUTRAJAYA13112
PERLIS761
JUMLAH KESELURUHAN6,9991,0654,27141,659

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 30 MEI 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Jalan KasuarinaTempat KerjaSelangorKlang dan Gombak51150
2Balakong Batu Dua BelasTempat KerjaSelangorHulu Langat29110
3Perindustrian Batu CavesTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong5097
4Taman Industri PelabuhanTempat KerjaPerakManjung13109
5Lorong Jelawat DuaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah101,001
6Industri DiohTempat KerjaNegeri SembilanKuala Pilah131468
7Jalan VeterinariKomunitiPulau PinangTimur Laut35172
8Kampung Tanjong ChenokKomunitiKelantanPasir Mas1328
9Taman WahyuKomunitiKelantanPasir Mas922
10Jalan Sri Putri 11KomunitiJohorKulai1163
11GerigatKomunitiSarawakKabong dan Betong20358
12Sungai ParikKomunitiSarawakSri Aman dan Lubok Antu24130
13Sungai UlarKomunitiTerengganuHulu Terengganu2085
14Kampung PagiKeagamaanPahangJerantut1076
15Jalan Laksamana TigaKeagamaanJohorJohor Bahru1549
16Kolej Bunga Raya Pendidikan TinggiWP Kuala LumpurLembah Pantai1067
17Desa MelawatiKumpulan Berisiko TinggiWP Kuala LumpurTitiwangsa1631




 

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED