Translate

30 May 2021

TNB Muncul Antara Jenama Terbaik 2020 di Anugerah World Branding di London

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjadi Jenama Terbaik 2020

TNB muncul antara Jenama Terbaik 2020 di Anugerah World Branding di London

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Mei -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjadi Jenama Terbaik 2020, iaitu satu pengiktirafan terulung bagi jenama peringkat antarabangsa pada majlis Anugerah World Branding yang berlangsung di London baru-baru ini.

Dalam kenyataan pada Ahad, syarikat utiliti elektrik nasional itu menjelas, ia merupakan satu-satunya jenama yang menerima pengiktirafan tersebut bagi kategori anugerah tenaga di Malaysia.

TNB memenangi anugerah yang sama pada 2014, 2018 dan 2019.

Anugerah World Branding merupakan program anugerah ulung anjuran World Branding Forum, organisasi bukan berasaskan keuntungan antarabangsa yang berpangkalan di London.

Ia menambah anugerah itu mengiktiraf pencapaian inovatif dan kreatif pelbagai jenama yang kekal unik dan relevan untuk pelanggan mereka sepanjang tahun lepas.

Lebih 400 jenama dari lebih 45 negara menerima pengiktirafan Jenama Terbaik bagi edisi anugerah kali ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata anugerah terbaharu itu mencerminkan usaha bersama 35,000 warga kerjanya yang sentiasa gigih memberikan perkhidmatan terbaik kepada hampir 10 juta pelanggan TNB.

“Kami akan terus menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan pelanggan bagi mendengar setiap keluhan mereka dan memastikan ia ditangani dengan baik. Kami juga akan terus mengukuhkan hubungan dengan semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED