Translate

31 May 2021

PM umum Pemerkasa PLUS, bantuan RM40bil untuk rakyat hadapi PKP 3.0

Tan Sri Muhyiddin Yassin

PM umum Pemerkasa PLUS, bantuan RM40bil untuk rakyat hadapi PKP 3.0

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh, kerajaan mengumumkan bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) berjumlah RM40 bilion, melibatkan suntikan kewangan RM5 bilion daripada kerajaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu berlandaskan tiga matlamat utama iaitu Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.

Menurutnya, usaha itu merupakan inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran dihadapi rakyat di segenap pelusuk negara.

“Semenjak COVID-19 melanda negara, Kerajaan telah pun melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM340 bilion.

“Sehingga kini, ia telah memanfaatkan lebih 20 juta ahli isi rumah serta lebih dari dua juta perniagaan dengan suntikan ekonomi melebihi RM200 bilion.

“Justeru, terdapat lebih dari RM100 bilion lagi daripada nilai pakej rangsangan untuk disalurkan sepanjang tahun ini. Sebagai tambahan, pakej tersebut dilengkapi oleh inisiatif Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0 pada Isnin.

Tambah beliau, melalui suntikan fiskal dan langkah yang diumumkan sebelum ini, ekonomi dilihat semakin pulih dari masa ke masa.

“Ini menggambarkan hasil dan impak positif untuk terus melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan menyediakan bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.

“Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada bulan Mac tahun ini telah melonjak sebanyak enam peratus, nilai tertinggi semenjak pandemik COVID-19 melanda negara,” ujarnya.

Sementara itu, Muhyiddin mengakui kerajaan mempunyai ruang fiskal yang terhad untuk berbelanja buat masa ini namun demi rakyat, kerajaan akan berusaha sedaya-upaya untuk memberikan yang terbaik.

“Atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan wujud keseimbangan antara lives and livelihood iaitu keperluan untuk melindungi nyawa, dan menjamin kesejahteraan rakyat.

“Ia termasuklah peluang saudara-saudari mencari nafkah untuk keluarga tersayang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya.

FOR MORE NEWS GO TO:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

                                        
Pemerkasa PLUS: RM1 bilion peruntukan tambahan untuk KKM

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM1 bilion lagi bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam di bawah bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) yang diumumkan malam ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tambahan peruntukan tersebut adalah komitmen kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM450 juta diperuntukkan bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi rawatan COVID-19 di hospital seliaan Kementerian Kesihatan (KKM) dan juga di Hospital Pengajar Universiti Awam.

Ia termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta melalui hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti di Sabah dan Sarawak.

"Selain itu, penyumberan luar juga akan dilaksanakan kepada hospital swasta. Jumlah ini termasuk RM200 juta yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan pada 22 Mei baru-baru ini.

"Kedua, memperuntukkan RM550 juta untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan COVID-19 pelbagai agensi antaranya pertambahan kos operasi dan pengurusan dalam menangani krisis kesihatan COVID termasuk ubat, reagen untuk saringan dan lantikan pegawai secara kontrak.

"Ini juga termasuk kos pengoperasian Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 atau PKRC di MAEPS dan di peringkat negeri.

"Ketiga, melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan melantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak," kata Perdana Menteri, di sini pada Isnin malam.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) sebanyak RM40 bilion, di mana suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM5 bilion ringgit.

FOR MORE NEWS GO TO:



Pemerkasa PLUS: Pengecualian cukai jualan kereta dilanjutkan

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pengecualian cukai jualan untuk kereta penumpang membabitkan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan model diimport sepenuhnya (CBU) dilanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengecualian tersebut akan berkuatkuasa bermula Julai sehingga Disember ini.

"Selain itu, semasa pembentangan pakej PENJANA pada Jun 2020, kerajaan telah mengumumkan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah atau HOC yang akan berakhir pada hari ini, 31 Mei.

"Sukacita diumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem HOC tersebut sehingga 31 Disember 2021," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, di sini Isnin malam.

FOR MORE NEWS GO TO:



Moratorium


Pemerkasa PLUS: Moratorium untuk B40, rakyat dan PKS terjejas

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium kepada semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan di bawah bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) yang diumumkan malam ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, moratorium juga akan diberikan kepada perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, mereka diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

“Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion.

“Insya-Allah, industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok. Saya berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan.

“Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0 pada Isnin.

Tambahnya, kerajaan juga akan melancarkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi pada minggu ini dengan nilai peruntukan RM1 bilion.

“Melalui skim ini, pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan agensi dan syarikat kerajaan menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman serta diskaun sewa premis perniagaan.

“Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan meneruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021. Peminjam boleh memohon secara dalam talian untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran atau moratorium.

“Bagi usahawan MARA yang terkesan akibat penutupan ekonomi, pemberian diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan akan diberi untuk bulan Mei sehingga Julai 2021,” katanya.

FOR MORE NEWS GO TO:



Pemerkasa PLUS: Program Subsidi Upah dilanjutkan sebulan lagi

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Program Subsidi Upah (PSU) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dilanjutkan selama sebulan lagi bagi semua sektor ekonomi yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan menanggung kos sebanyak RM1.5 bilion dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan.

Jelasnya, lanjutan inisiatif tersebut dijangka memberi manfaat kepada 2.5 juta pekerja dan lebih 200,000 majikan.

"Selain itu, majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan diberi pengecualian pembayaran levi selama satu bulan pada bulan Jun 2021.

"Pada masa yang sama, pekerja juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui portal pembelajaran e-LATiH secara percuma yang melibatkan lebih 400 modul dan kursus kemahiran," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0.

FOR MORE NEWS GO TO:



Pemerkasa PLUS: Isi rumah terima tambahan BPR RM500, bujang RM100

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2.1 bilion lagi diperuntukkan bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, bayaran BPR tambahan itu akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti.

"Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500 dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000, akan menerima kadar sebanyak RM300.

"Golongan bujang pula akan menerima RM100," demikian kata Perdana Menteri dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Jelas Perdana Menteri, bayaran tersebut merupakan tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR pada bulan September ini.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED