Translate

29 May 2021

Polis Telah Menangkap Seorang Lelaki Berbaju Baju Merah Yang Telah Menendang Tiga Pelanggan Di Sebuah Kedai Serbaneka

 Polis tangkap suspek tendang tiga pelanggan di kedai serbaneka

Astro Awani

Mei 29, 2021 

Polis tangkap suspek tendang tiga pelanggan di kedai serbaneka

Hasil rakaman CCTV mendapati, suspek yang memakai tshirt berwarna merah dan berseluar jeans telah masuk ke dalam kedai dan tiba-tiba menendang mangsa sebelum cuba menyerang pengadu. - Foto media sosial/FB

KUALA LUMPUR: Seorang suspek telah ditangkap pada Jumaat kerana menendang tiga pelanggan di sebuah kedai serbaneka di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Pegawai Penyiasat Balai Polis Kuala Terengganu, Insp Fakhrur Razzi Mohd Isa menjelaskan, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang merupakan seorang pelajar berusia 23 tahun dan seorang arkitek berusia 28 tahun

Pengadu pertama mendakwa dia ditendang suspek yang tidak dikenali selain ditendang di bahagian bahu sebelah kiri.

Suspek juga cuba menumbuk pengadu namun pengadu sempat mengelak.

Seorang pelanggan yang bekerja di syarikat minyak berhampiran premis itu turut ditendang beberapa kali oleh lelaki tersebut.

Fakhrur menjelaskan, hasil siasatan mendapati terdapat tiga mangsa dalam kejadian ini di mana pengadu dan seorang mangsa telah membuat laporan polis.

Rakaman percakapan pengadu dan mangsa telah diambil.

Sementara seorang lagi mangsa yang bekerja di syarikat minyak berhampiran masih belum membuat laporan polis dan sedang dikesan.

Jelasnya, pengadu menyedari suspek kerap datang ke kedai berkenaan untuk membeli barang namun tidak pernah membuat masalah.

Ini adalah kejadian kali pertama dan pengadu mengalami sakit di bahagian bahu dan belakang badan manakala mangsa sakit di bahagian perut.

Anggaran kerugian lebih kurang RM100.

Katanya, hasil rakaman kamera litar terttup (CCTV) mendapati, suspek yang memakai baju-t berwarna merah dan berseluar jeans telah masuk ke dalam kedai dan tiba-tiba menendang mangsa sebelum cuba menyerang pengadu.

Pengadu dan mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Suspek juga sudah ditangkap pada pukul 10 malam hari yang sama dan direman sehingga 31 Mei.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oregon viewed 'Pasukan Penyelamat Malaysia diiktiraf dunia' 6 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang | BEST FBKL' 26 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed '2 killed in light aircraft crash in Philippines | ' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Parah Tersepit, Empat Lagi Termasuk Bayi Te' 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 35 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Polis kenal pasti 66 'blackspot', perk' 47 mins ago