Translate

29 May 2021

10 Individu Daripada Dua Keluarga Ditahan Merusuh Di PPR Kempas (Video)

10 individu daripada dua keluarga ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian merusuh di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PRR) Kempas

10 individu daripada dua keluarga ditahan merusuh di PPR Kempas

BERNAMA

JOHOR BAHRU, 29 Mei -- Seramai 10 individu daripada dua keluarga ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian merusuh di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PRR) Kempas di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kesemua 10 yang ditahan berumur antara 12 hingga 45 tahun dan siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan masalah peribadi.

“Rabu lepas, polis menerima laporan orang awam berkenaan satu pergaduhan melibatkan sekumpulan penduduk pada 6.45 petang dan kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata.

“Kesemua individu juga sudah dikenakan tindakan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan dikompaun mengikut Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau dengan tertangkapnya kesemua individu berkenaan, polis menganggap kes berkenaan sudah selesai.

Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video dan gambar yang mendakwa pergaduhan terbabit melibatkan penolong setiausaha sebuah parti politik di Pulai.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 3 mins ago
A visitor from San jose viewed 'June 2016' 4 mins ago
A visitor from San jose viewed 'September 2021' 4 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Datuk Suhaimi Willing To Forgive Blogsites For Pub' 4 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Tan Sri Shukry removed as the Bank Rakyat board ch' 4 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 4 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas suami Kim Seri ditaha' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 2 hrs 27 mins ago