Translate

29 May 2021

Covid-19 Malaysia - Highest Daily Deaths- 98, Total- 2,650 | New Cases- 9,020 Total- 558,534 | Recovered- 5,527 Active- 76,218 |


Kenyataan Akhbar KPK 29 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

29 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,527 kes (479,666 kes kumulatif, 85.9%);
  • Kes baharu : 9,020 kes (558,534 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (4 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 9,015 kes [8,346 warganegara (92.6%); 669 bukan warganegara (7.4%)];
  • Kes aktif : 76,218 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :844 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 430 kes;
  • Kes kematian : 98 kes (2,650 kes kumulatif, 0.47%; 98 warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,146 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,516 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 630 kluster.

Sebanyak 98 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 27 kes di Selangor, masing-masing 14 kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan (8) kes di Kedah dan Negeri Sembilan,masing-masing lima (5) kes di Pulau Pinang dan Sarawak, masing-masing empat (4) kes di Sabah dan Terengganu, tiga (3) kes di Pahang, masing-masing dua (2) kes di Kelantan dan Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI TERKINI KLUSTER RENTAS NEGERI DAN KLUSTER KOMUNITI BERKAITAN PERAYAAN: KENAIKAN JUMLAH KES DAN KLUSTER ADALAH TERUS MEMBIMBANGKAN

Bermula 7 Disember 2020, sebanyak 51 buah kluster rentas negeri yang terdiri daripada 6,468 kes telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, KKM. Ini berikutan kebenaran pergerakan rentas daerah dan negeri di seluruh negara pada ketika itu. Walau bagaimanapun, larangan ini mula dikuatkuasakan semula sejak 10 Mei 2021 berikutan keadaan pandemik yang semakin meruncing.

Kluster-kluster rentas negeri adalah termasuk yang berpunca dari kes indeks yang pulang untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri, pulang menziarahi keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, majlis hari jadi, majlis pengebumian atau kursus di negeri lain serta menjalankan aktiviti ceramah bebas merentas negeri.

Sejak 1 April 2021 sehingga 28 Mei 2021 sahaja, sebanyak 20 kluster rentas negeri yang terdiri daripada 1,420 kes telah dilaporkan. Daripada jumlah itu, negeri-negeri yang melaporkan jumlah kluster tertinggi adalah Melaka dengan lapan (8) kluster (40 peratus), Terengganu dengan tiga (3) kluster (15 peratus) serta Kelantan, Perak dan Pahang dengan masing-masing dua (2) kluster (10 peratus).

Dalam pada masa yang sama, negara juga menghadapi cabaran kluster komuniti terutamanya sub-kluster perayaan. Sejak 13 hingga 28 Mei 2021, sebanyak 26 kluster yang berpunca dari sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri telah dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan KKM. Untuk makluman, seramai 4,047 individu telah disaring yang mana sebanyak 1,019 kes telah dikenalpasti positif dalam kluster-kluster ini, iaitu kadar positiviti 25.1 peratus. Daripada jumlah 1,019 kes tersebut, dua (2) kematian telah dilaporkan sehingga kini dan satu (1) kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan sub-kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri tertinggi adalah Sabah dengan tujuh (7) kluster (26.9 peratus), Kelantan dengan lima (5) kluster (19.2 peratus) serta Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing dengan dua kluster (7.7 peratus).

Adalah dijangkakan jumlah kes dan bilangan kluster-kluster ini akan bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri serta daerah. Meskipun Kerajaan telah menetapkan bahawa ziarah raya dan penganjuran majlis perayaan tidak dibenarkan, namun masih ramai yang tidak endah larangan ini yang mengakibatkan tercetusnya kluster-kluster baru COVID-19 sehingga ada yang mengakibatkan kes maut.

Melihat situasi seperti di atas, KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru masyarakat mengambil iktibar dan tidak mengulanginya bagi Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang akan disambut tidak lama lagi. Begitu juga bagi sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang kebiasaannya berpanjangan sehingga satu (1) bulan. Masyarakat diingatkan bahawa larangan merentas daerah dan negeri masih lagi berkuat kuasa. Begitu juga larangan kunjung mengunjung bagi menyambut perayaan. Peningkatan sub-kluster perayaan hari raya perlu dijadikan sebagai pengajaran agar ianya tidak terus bertambah.

Aktiviti merentas daerah, negeri, kunjung-mengunjung atau perhimpunan sewaktu perayaan tidak sepatutnya berlaku sama sekali dengan pelaksanaan total lockdown bermula pada 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Sekarang adalah waktu untuk kita semua bertindak bersama-sama menurunkan jumlah kes dan kematian harian.

Sayangilah diri dan keluarga kita, serta lindungilah warga tua di kampung atau rumah panjang dengan tidak membawa balik virus yang menyebabkan COVID-19, demi perayaan yang lebih bermakna pada tahun-tahun mendatang.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Mei 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,836 (2)182,338
SABAH26561,847
WP KUALA LUMPUR789 (3)57,651
JOHOR46857,461
SARAWAK72646,162
PULAU PINANG34528,050
KELANTAN  90726,481
NEGERI SEMBILAN89825,584
PERAK27220,167
KEDAH46818,023
MELAKA34011,532
PAHANG2169,119
TERENGGANU1898,353
WP LABUAN2533,423
WP PUTRAJAYA291,851
PERLIS19492
JUMLAH KESELURUHAN9,020 (5)558,534

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 98 kes kematian pada 29 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)HospitalLatar Belakang
2553SelangorPerempuan WN91Hospital SunwayPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2554WP Kuala LumpurPerempuan WN67Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
2555WP Kuala LumpurLelaki WN49Hospital KPJ DamansaraPenyakit darah tinggi
2556SarawakLelaki WN70Hospital Umum Sarawak, Kuching
2557SelangorPerempuan WN86Hospital SelayangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2558SarawakPerempuan WN59Hospital KapitPenyakit kencing manis dan buah pinggang
2559KelantanLelaki WN57Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiPenyakit darah tinggi
2560Pulau PinangPerempuan WN77Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan dementia
2561JohorLelaki WN70Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan dislipidemia
2562KedahPerempuan WN73Hospital Kuala NerangPenyakit kencing manis
2563TerengganuPerempuan WN70Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
2564WP Kuala LumpurPerempuan WN66Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2565SelangorLelaki WN68Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan dislipidemia
2566JohorLelaki WN62Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit darah tinggi, jantung, paru-paru, dan dislipidemia
2567Pulau PinangPerempuan WN69Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
2568KedahLelaki WN65Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan Alzheimer
2569SelangorLelaki WN84Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, paru-paru dislipidemia, dan gout
2570SelangorLelaki WN71Hospital Shah AlamPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2571SabahPerempuan WN76Hospital Queen Elizabeth 1, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan kanser
2572WP Kuala LumpurLelaki WN62Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan leukemia
2573KelantanPerempuan WN68Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2574KedahPerempuan WN81Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit darah tinggi
2575SelangorLelaki WN65Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
2576SabahPerempuan WN87Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu
2577TerengganuLelaki WN80Hospital SetiuPenyakit darah tinggi
2578JohorLelaki WN77Hospital Sultan Ismail, Johor BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
2579JohorLelaki WN62Hospital SegamatPenyakit jantung
2580SarawakLelaki WN73Hospital KapitPenyakit darah tinggi, jantung, paru-paru, dan schizophrenia
2581KedahLelaki WN56Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
2582TerengganuLelaki WN37Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
2583SabahPerempuan WN57Hospital Queen Elizabeth 1, Kota KinabaluPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2584WP Kuala LumpurLelaki WN74Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2585Pulau PinangLelaki WN83Hospital Pulau Pinang
2586Pulau PinangLelaki WN60Hospital Pulau PinangPenyakit darah tinggi
2587SarawakLelaki WN58Hospital BintuluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2588Negeri SembilanLelaki WN66Hospital Port DicksonPenyakit Parkinson dan kemurungan
2589MelakaLelaki WN69Hospital Melaka
2590SelangorPerempuan WN57Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan buah pinggang
2591SelangorLelaki WN75Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan jantung
2592WP Kuala LumpurLelaki WN70Hospital Sungai BulohPenyakit jantung
2593Negeri SembilanLelaki WN73Hospital Tunku Jaafar, SerembanPenyakit darah tinggi dan obesiti
2594PerakPerempuan WN58Hospital Seri ManjungPenyakit darah tinggi, rheumatoid arthritis, dan osteoarthritis
2595KedahLelaki WN69Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan gout
2596KedahLelaki WN53Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit buah pinggang, darah tinggi,dan dislipidemia
2597JohorLelaki WN57Hospital Sultanah Aminah, Johor BharuPenyakit kencing manis
2598Negeri SembilanLelaki WN83Hospital Tunku Jaafar, Seremban
2599JohorLelaki WN61Hospital Sultan Ismail, Johor BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan hati
2600JohorLelaki WN54Hospital Sultan Ismail, Johor BharuPenyakit darah tinggi
2601Pulau PinangLelaki WN84Hospital Pulau PinangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2602MelakaLelaki WN75Hospital MelakaPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2603PahangPerempuan WN75Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan jantung
2604SelangorLelaki WN86Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan buah pinggang
2605JohorLelaki WN38Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarObesiti
2606WP Kuala LumpurLelaki WN72Hospital SunwayPenyakit darah tinggi dan penyakit jantung
2607SarawakLelaki WN63Hospital BintuluPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2608Negeri SembilanLelaki WN62Hospital Port DicksonPenyakit darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
2609KedahPerempuan WN47Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniAsma dan penyakit bawaan darah
2610WP LabuanPerempuan WN60Hospital Labuan
2611SelangorLelaki WN89Hospital Shah Alam
2612JohorPerempuan WN66Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu
2613Negeri SembilanLelaki WN18Hospital Tunku Jaafar, SerembanAsma
2614Negeri SembilanPerempuan WN66Hospital Tunku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2615Negeri SembilanLelaki WN55Hospital Port DicksonPenyakit kencing manis, darah tinggi, kanser hati, dan obesiti
2616PahangLelaki WN73Jenazah dibawa ke Hospital RaubPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2617PahangLelaki WN89Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanAsma
2618SelangorLelaki WN60Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
2619SelangorPerempuan WN89Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2620SelangorLelaki WN86Hospital Ampang
2621SelangorPerempuan WN84Hospital Shah AlamPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan asma
2622SelangorPerempuan WN75Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi dan strok
2623SelangorPerempuan WN72Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi
2624SelangorLelaki WN67Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2625SelangorLelaki WN66Jenazah dibawa ke Hospital Banting
2626SelangorLelaki WN66Hospital SelayangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2627SelangorLelaki WN59Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan anemia
2628SelangorLelaki WN55Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan jantung
2629SelangorLelaki WN54Hospital AmpangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
2630SelangorLelaki WN50Hospital KajangPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan gout
2631SelangorLelaki WN77Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi, osteoarthritis, multiple myeloma, hypocortisolism, dan hypothyroidism,
2632SelangorLelaki WN64Jenazah dibawa ke Hospital Serdang
2633SelangorLelaki WN59Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
2634SelangorLelaki WN51Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
2635SabahLelaki WN67Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2636WP Kuala LumpurLelaki WN84Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2637WP Kuala LumpurLelaki WN77Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2638WP Kuala LumpurLelaki WN73Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, hati dan gout
2639WP Kuala LumpurLelaki WN75Hospital Rehabilitasi CherasPenyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan gout
2640WP Kuala LumpurPerempuan WN69Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2641WP Kuala LumpurPerempuan WN68Hospital Kuala LumpurPenyakit buah pinggang, darah tinggi, tibi,dan gout
2642WP Kuala LumpurPerempuan WN64Hospital Sungai BulohDislipidemia
2643JohorLelaki WN73Hospital Sultan Ismail, Johor BharuPenyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi
2644JohorPerempuan WN83Hospital Sultanah Aminah, Johor BharuPenyakit jantung
2645JohorPerempuan WN79Hospital Sultan Ismail, Johor BharuPenyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi
2646JohorLelaki WN77Hospital Sultanah Aminah, Johor BharuPenyakit jantung, kencing manis,dan  darah tinggi
2647JohorLelaki WN27Hospital Sultanah Aminah, Johor BharuPenyakit kencing manis dan buah pinggang
2648Negeri SembilanLelaki WN53Hospital Tunku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
2649KedahLelaki WN86Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
2650TerengganuLelaki WN76Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit bawaan darah, jantung, kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang

*WN merujuk kepada warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 9,020 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,8361451,9662723
KELANTAN907136555216
NEGERI SEMBILAN898158501239
WP KUALA LUMPUR789744593253
SARAWAK72645521160
JOHOR46877287104
KEDAH46850298120
PULAU PINANG34581144120
MELAKA34019012228
PERAK2725216753
SABAH2657513456
WP LABUAN2531494955
PAHANG2165312637
TERENGGANU1894010148
WP PUTRAJAYA290209
PERLIS19136
JUMLAH KESELURUHAN9,0201,3255,46352,227

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 29 MEI 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Jalan Teknokrat LimaTempat KerjaSelangorSepang9246
2Persiaran Tiga SelayangTempat KerjaSelangorGombak dan Hulu Selangor863
3Bukit Permai Utama TigaTempat KerjaSelangorHulu Langat dan Sepang2134
4Industri Jalan BerlianTempat KerjaJohorPontian dan Kulai1558
5Jalan Istimewa SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru15175
6Industri Jalan LapanTempat KerjaKelantanKota Bharu, Bachok, Tumpat, Machang, dan Pasir Mas46138
7Jalan Klinik Pasir PutehTempat KerjaKelantanPasir Puteh dan Bachok1597
8Industri Batu 16 BembanTempat KerjaMelakaJasin34126
9PatumaKeagamaanSabahKota Kinabalu11133
10Taman Desa HarmoniKeagamaanJohorKluang1420
11Jalan Bagan AjamKeagamaanPulau PinangSeberang Perai Utara1139
12Trolak UtaraKeagamaanPerakBatang Padang dan Kinta1053
13Rengas JayaKeagamaanPerakKuala Kangsar dan Perak Tengah2950
14Taman Asean DuaKeagamaanMelakaMelaka Tengah2488
15Site BC SekinchanKomunitiSelangorSabak Bernam45240
16Sungai SianKomunitiSarawakMaradong2257
17Jalan Damai TangkakKomunitiJohorTangkak2029
18Dah KedawangKomunitiKedahLangkawi34170
19Paya TerbakarKomunitiPulau PinangSeberang Perai Utara2270
20Kampung Baru BentongKomunitiPahangBentong2754
21Kampung MatangKomunitiTerengganuHulu Terengganu52245
22Simpang SungaiKomunitiWP LabuanLabuan727
23Jalan Ng Song TeikInstitusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah KPMPerakKinta1335






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED