Translate

28 May 2021

Lelaki Ditahan Rogol Dan Cabul Wanita OKU

Yusoff Zaki Mat Yaacob

Lelaki ditahan rogol dan cabul wanita OKU

Astro Awani

BEAUFORT: Polis menahan seorang lelaki di Kampung Banting Meraba, Beaufort kelmarin, selepas disyaki merogol seorang wanita yang juga orang kurang upaya (OKU).

Suspek berusia 56 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 24 tahun mendedahkan kejadian itu kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, hasil siasatan awal, mangsa memberitahu kejadian berlaku sekurang-kurangnya lima kali sebelum ini dan terbaru didakwa pada 17 Mei lalu.

Katanya, suspek turut didakwa memberi amaran akan memarahi mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa saja.

"Menurut keterangan, mangsa memberitahu suspek juga pernah mencabulnya beberapa kali sebelum ini.

"Mangsa akan dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk membantu siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, mangsa adalah seorang OKU yang mengalami masalah pertuturan dan sukar menerangkan kejadian yang berlaku terhadapnya.

Katanya, suspek berjaya ditahan Rabu lalu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed '50 Anggota SMART Berlepas Ke Myanmar Pagi Tadi | B' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Korban Gempa Bumi Di Myanmar Terus Meningkat | BES' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kebanyakan Negara Arab Sambut Aidilfitri Hari Ini ' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed '‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang | BEST FBKL' 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang | BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 27 mins ago