Translate

28 May 2021

R-Naught Negara Turun 1.14, Labuan Kekal Tertinggi (Video)


 

COVID-19: R-naught negara turun 1.14, Labuan kekal tertinggi

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan R-naught COVID-19 di Malaysia menunjukkan penurunan.

Angka itu catat 1.14 pada Khamis berbanding 1.17 hari sebelumnya.

Kesemua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 kecuali Perlis.

Wilayah Persekutuan Labuan terus mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.87.

Diikuti Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Terengganu, Kedah dan Putrajaya.

Selain itu Kelantan, Selangor, Johor, Perak, Sarawak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Perlis satu-satunya negeri mencatatkan enam kes baharu COVID-19.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

FOR MORE NEWS GO TO:



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED