Translate

26 March 2025

Kastam Sarawak rampas rokok seludup bernilai lebih RM12.64 juta



Kastam Sarawak rampas rokok seludup bernilai lebih RM12.64 juta

Bernama

26/03/2025


Pengarah Kastam Sarawak Norizan Yahya (tengah) bersama pegawainya menunjukkan rokok kretek pelbagai jenama yang dirampas ketika sidang media di Wisma Kastam Petra Jaya, hari ini. - Foto Bernama


KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas rokok seludup pelbagai jenama dianggar bernilai lebih RM12.64 juta dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Semaba di sini, 12 Feb lepas.

JKDM Sarawak merampas rokok seludup pelbagai jenama bernilai lebih RM12.64 juta dalam serbuan di Jalan Semaba.

Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan dalam serbuan tersebut.

Premis tanpa nama dipercayai tempat penyimpanan rokok sebelum diedar, dan sebuah lori bernilai RM80,000 turut disita.

Pengarah Kastam Sarawak Norizan Yahya berkata dalam serbuan itu pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 44 tahun.

"Hasil pemeriksaan di premis itu menemukan 16.65 juta batang rokok kretek pelbagai jenama dianggar bernilai RM1.49 juta, manakala jumlah duti atau cukai terlibat dianggarkan sebanyak RM11,142,864.

"Selain itu, anggota kastam turut menyita sebuah lori dianggar bernilai RM80,000 disyaki digunakan untuk mengangkut rokok terbabit," katanya pada sidang media di sini.

Norizan berkata premis tanpa nama yang terletak di kawasan terpencil itu dipercayai menjadi tempat penyimpanan rokok berkenaan sebelum diedar di pasaran tempatan.

Kes itu disiasat lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam' 19 secs ago
A visitor from Vermont viewed 'Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model di penta' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 10 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 11 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 19 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Pasukan Penyelamat Malaysia diiktiraf dunia' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 39 mins ago