Translate

28 March 2025

Kastam Perlis gagalkan cubaan seludup 363 kg dadah bernilai RM11.6 juta



Kastam Perlis gagalkan cubaan seludup 363 kg dadah bernilai RM11.6 juta

Bernama

27/03/2025


JKDM Perlis menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 363 KG bernilai RM11,616,000 semasa melakukan rondaan laut di kawasan perairan Kuala Perlis Isnin lepas. - Gambar Bernama


KANGAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 363 kilogram (kg) bernilai RM11,616,000 semasa melakukan rondaan laut di kawasan perairan Kuala Perlis dekat sini Isnin lepas.

Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata rampasan dadah itu dibuat daripada sebuah sampan gentian tanpa nombor pendaftaran yang dikesan bergerak laju dari perairan Thailand ke kawasan perairan Kuala Perlis menuju ke Sungai Baru oleh sepasukan anggota Kastam Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis kira-kira 3 pagi.

Beliau berkata pasukan itu memintas sampan berkenaan dan mengarahkannya untuk berhenti, tetapi arahan terbabit tidak diendahkan sebaliknya sampan itu terus memecut laju ke kawasan cetek.

"Pasukan kemudian menemukan sampan itu ditinggalkan di kawasan perairan Sungai Siput, Kuala Perlis. Jurumudi serta beberapa orang lain di dalam sampan terbabit disyaki telah melarikan diri ke daratan.

"Hasil pemeriksaan terhadap sampan itu menemukan 18 guni putih dan satu guni hijau yang mengandungi bungkusan disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine," katanya pada sidang media di Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis dekat sini hari ini.

Ismail berkata pihaknya turut menyita sampan itu bersama enjin yang dianggarkan bernilai RM85,000 selain rampasan dadah berkenaan.

"Modus operandi sindiket dipercayai menyeludup dadah pada awal pagi untuk mengelak dikesan oleh pihak berkuasa dan bekalan dadah ini dipercayai untuk pasaran seluruh Malaysia. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 4 hrs 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 5 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 6 hrs 10 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 6 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 7 hrs 21 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 7 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 8 hrs 5 mins ago