Translate

28 March 2025

Polis kenal pasti 14 'black spot' kemalangan, 61 lokasi sesak sekitar ibu negara



Polis kenal pasti 14 'black spot' kemalangan, 61 lokasi sesak sekitar ibu negara

Bernama

28/03/2025


Azry Akmar berkata, 14 lokasi black spot itu ialah Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Ipoh, Jalan Kepong, Jalan Loke Yew, Jalan Syed Putra, Jalan Cheras serta DUKE, MRR2 dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti 14 lokasi kerap berlaku kemalangan atau black spot dan 61 kawasan aliran trafik tinggi di sekitar ibu negara pada musim perayaan ini menerusi Op Lancar bermula 23 Mac hingga 6 April ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, 14 lokasi black spot itu ialah Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Ipoh, Jalan Kepong, Jalan Loke Yew, Jalan Syed Putra, Jalan Cheras serta Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.

Lokasi lain turut dikenal pasti ialah Lebuhraya Besraya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

"Pemantauan akan dipertingkat di kawasan ini bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh Op Lancar," katanya pada sidang media di Program Advokasi Op Selamat 24 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 di Pavilion Kuala Lumpur, pada Selasa.

Selain itu, Azry Akmar berkata, polis juga akan memberi tumpuan di 61 hotspot yang dikesan mempunyai aliran trafik tinggi termasuk di Bulatan Segambut, Bulatan Batu Caves, Bulatan Kepong dan Bulatan Sungai Besi.

Untuk memastikan keselamatan dan kelancaran trafik, beliau berkata seramai 17 pegawai kanan dan 320 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur akan bertugas sepanjang Op Selamat 24 yang dijalankan sempena Aidilfitri.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas sepanjang tempoh perayaan ini demi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 5 mins ago
A visitor from Jakarta viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysian cardinals vote in election of new pope |' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Thief Snatches Handbag of US Dept of Homeland Secu' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'U.S. citizen hijacking plane in Belize killed by a' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 2 hrs 30 mins ago