Translate

25 March 2025

Lelaki maut terkena renjatan elektrik dipercayai semasa cuba curi kabel



Lelaki maut terkena renjatan elektrik dipercayai semasa cuba curi kabel

Bernama

25/03/2025


TNB juga telah membuat satu laporan polis mengenai kecurian tersebut dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - Gambar/ Media sosial


IPOH: Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Silibin Ria berhampiran Petronas lebuh raya Ipoh-Lumut semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.07 petang semasa lelaki berumur 38 tahun itu bersama lagi seorang lagi suspek sedang memotong kabel elektrik berkenaan.

Beliau berkata ada saksi sempat membuat rakaman video di tempat kejadian, yang menunjukkan kedua-dua mereka memotong kabel TNB dipercayai dengan tujuan untuk mencuri, apabila secara tiba-tiba berlaku letupan, dan kedua-dua mereka terus jatuh pengsan.

"Seorang daripada suspek kemudiannya bangun dengan sendiri dan terus melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Honda C100, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata pihak TNB juga telah membuat satu laporan polis mengenai kecurian tersebut dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Siasatan awal pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh juga mendapati si mati mempunyai 10 rekod lampau berkaitan jenayah kekerasan dan harta benda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Ipoh, Sarjan Liyana Zulaikah Ibrahim di talian 0197765184 atau Sarjan M.T.Michael Jevadas di balai polis Taman Rishah dengan menelefon 0165325208 bagi membantu siasatan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Anwar Beri Tempoh 1 Bulan Kepada Felda Mengemukaka' 23 secs ago
A visitor from Melaka viewed 'Bufet Iftar Legenda Rasa Wyndham Acmar Klang Meman' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'HK Superstar Jacky Cheung gave his fans a scare af' 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri | BEST F' 10 mins ago
A visitor from California viewed 'North Korean man who was arrested to assist in inv' 13 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Prasarana announces Muhammad Nizam as new CEO effe' 15 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Red Shirts leader Datuk Seri Jamal Yunos has been ' 16 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'AMAN SHAH - The Real Story Behind The Malaysian "O' 28 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 30 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 34 mins ago