Translate

25 March 2025

Lelaki maut terkena renjatan elektrik dipercayai semasa cuba curi kabel



Lelaki maut terkena renjatan elektrik dipercayai semasa cuba curi kabel

Bernama

25/03/2025


TNB juga telah membuat satu laporan polis mengenai kecurian tersebut dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - Gambar/ Media sosial


IPOH: Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Silibin Ria berhampiran Petronas lebuh raya Ipoh-Lumut semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.07 petang semasa lelaki berumur 38 tahun itu bersama lagi seorang lagi suspek sedang memotong kabel elektrik berkenaan.

Beliau berkata ada saksi sempat membuat rakaman video di tempat kejadian, yang menunjukkan kedua-dua mereka memotong kabel TNB dipercayai dengan tujuan untuk mencuri, apabila secara tiba-tiba berlaku letupan, dan kedua-dua mereka terus jatuh pengsan.

"Seorang daripada suspek kemudiannya bangun dengan sendiri dan terus melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Honda C100, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata pihak TNB juga telah membuat satu laporan polis mengenai kecurian tersebut dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Siasatan awal pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh juga mendapati si mati mempunyai 10 rekod lampau berkaitan jenayah kekerasan dan harta benda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Ipoh, Sarjan Liyana Zulaikah Ibrahim di talian 0197765184 atau Sarjan M.T.Michael Jevadas di balai polis Taman Rishah dengan menelefon 0165325208 bagi membantu siasatan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'World No. 1 Lee Chong Wei has had it with what he ' 2 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 7 mins ago
A visitor from Wyoming viewed '80% of the distress calls made to firemen here to ' 1 hr 52 mins ago
A visitor from California viewed 'Man missing since Sunday in Indonesia has been fou' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from New york viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 3 hrs 10 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 3 hrs 22 mins ago