Translate

28 March 2025

158 bas ekspres dikenakan notis larangan penggunaan dalam operasi HRA



158 bas ekspres dikenakan notis larangan penggunaan dalam operasi HRA

Bernama

28/03/2025


Aedy Fadly berkata notis berkenaan dikenakan semasa Operasi HRA bermula pada 24 Mac hingga hari ini, selepas pemeriksaan mendapati kenderaan terbabit melakukan pelbagai kesalahan teknikal membabitkan aspek keselamatan, seperti masalah brek dan tayar.


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan notis larangan penggunaan kepada 158 bas ekspres kerana didapati tidak roadworthy (selamat untuk berada di atas jalan raya) dalam pemeriksaan di terminal dan depoh bas ekspres di seluruh negara.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis berkenaan dikenakan semasa Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula pada 24 Mac hingga hari ini, selepas pemeriksaan mendapati kenderaan terbabit melakukan pelbagai kesalahan teknikal membabitkan aspek keselamatan, seperti masalah brek dan tayar.

"Kenderaan dikenakan notis ini hanya dibenarkan beroperasi semula selepas komponen yang dikenal pasti bermasalah telah dibaiki oleh pemilik kenderaan," katanya pada sidang media Op Khas Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan di sini hari ini.

Aedy Fadly berkata dalam tempoh berkenaan pihaknya juga mengesan 1,800 bas ekspres melakukan pelbagai kesalahan, seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu selain tidak mempunyai pemandu kedua.

Mengulas lanjut mengenai operasi HRA, beliau berkata hingga hari ini sebanyak 22,552 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, dalam tempoh lima hari sejak operasi berkenaan dilancarkan, JPJ telah memeriksa 77,736 kenderaan dan 97 daripadanya disita.

Beliau berkata kesalahan berkaitan pelesenan kenderaan seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans masih menjadi kesalahan utama yang dikesan sepanjang operasi HRA dengan 5,860 saman dikeluarkan.

"Kesalahan lain ialah tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh sebanyak 4,148 saman, teknikal (motosikal/brek/tayar botak) sebanyak 3,035 saman, lain-lain kesalahan (2,346), kesalahan berkaitan kesalahan utama (1,094) dan kesalahan berkaitan kenderaan barangan (1,011)," katanya.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu yang melakukan kesalahan terbabit dan akan menyita kenderaan yang tamat tempoh LKM dan tiada perlindungan insurans.

"Oleh itu, sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung, pengguna jalan raya dinasihatkan memeriksa LKM kenderaan mereka dan lesen masing-masing," katanya.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Shereen raih emas acara 400m di Amerika Syarikat |' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pengurus syarikat rugi RM703,000 terperdaya pelabu' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Melaka dipilih jadi tuan rumah Majlis Pelancaran T' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'Imigresen tahan 72 warga asing, tumpas sindiket be' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu kereta merah tampil' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Segamat viewed '6 Beradik Redah Api Selamatkan Diri Dalam Kebakara' 2 hrs 15 mins ago