Translate

26 March 2025

Polis diminta siasat segera video tular wanita Dayak dimaki isu perkauman



Polis diminta siasat segera video tular wanita Dayak dimaki isu perkauman

Bernama

25/03/2025


Aaron turut mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia agar terus menjaga keharmonian dan perpaduan negara dengan saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Polis digesa menjalankan siasatan segera terhadap satu video tular mengenai seorang jurujual wanita berketurunan Dayak yang didakwa diugut dan dimaki seorang lelaki, termasuk melibatkan perkataan berbaur perkauman dalam insiden di Central i-City Shah Alam baru-baru ini.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada pelaku, sambil menyifatkan perbuatan berbaur perkauman dan tidak bertamadun, malah bertentangan dengan prinsip Rukun Negara itu harus ditangani secara serius.

"Insiden seperti ini tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini. Setiap individu berhak untuk dihormati tanpa mengira latar belakang etnik, agama, atau status sosial mereka.

"Kementerian Perpaduan Negara tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana kaum di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Aaron turut mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia agar terus menjaga keharmonian dan perpaduan negara dengan saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain.

Terdahulu, tular menerusi aplikasi TikTok rakaman video berserta kapsyen yang mendakwa seorang jurujual wanita berketurunan Dayak, diugut dan dimaki pelanggannya termasuk berbaur perkauman, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dalam transaksi jual beli.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'LELAKI WARGA PAKISTAN SCAM PENIAGA GUNA TAKTIK SAM' 1 min ago
A visitor from Segamat viewed 'Pesawat AirAsia KL-Shenzen Mendarat Cemas #MGFlash' 3 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'US White House Press Briefing February 9, 2017 | B' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pesawat AirAsia KL-Shenzen Mendarat Cemas #MGFlash' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rosmah dibenar masukkan keraj' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Video Of Armed Robbery that left security guards b' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Southampton Stun Liverpool at Anfield with late go' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LELAKI WARGA PAKISTAN SCAM PENIAGA GUNA TAKTIK SAM' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LELAKI WARGA PAKISTAN SCAM PENIAGA GUNA TAKTIK SAM' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2.77 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya utama' 1 hr 17 mins ago