Translate

27 March 2025

Najib dinamakan sebagai suspek dalam siasatan 1MDB akibat aliran dana ke akaun peribadi - Saksi



Najib dinamakan sebagai suspek dalam siasatan 1MDB akibat aliran dana ke akaun peribadi - Saksi

Bernama

27/03/2025


Najib, menghadapi 25 pertuduhan, termasuk empat pertuduhan menyalahgunakan jawatannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. Gambar fail/BERNAMA


PUTRAJAYA: Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), R Rajagopal memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dikenal pasti sebagai suspek dalam siasatan Bukit Aman terhadap dana kekayaan berdaulat tersebut.

Rajagopal yang merupakan bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, memberi keterangan perkara itu disebabkan adanya aliran masuk wang daripada 1MDB ke akaun bank peribadi Najib.

"Pada awalnya, bekas perdana menteri itu bukan suspek ketika siasatan bermula pada tahun 2015. Ketika itu masih terlalu awal kerana kami belum merekodkan kenyataan daripada ramai saksi, termasuk ahli lembaga pengarah dan pengurusan 1MDB,” kata saksi itu.

Saksi pembelaan ke-11 itu berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib dalam perbicaraan Najib berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Rajagopal berkata, Najib tidak didakwa atas kesalahan pecah amanah jenayah (CBT) yang berkaitan dengan 1MDB.

Ahmad Akram: Semasa anda mengambil kenyataan daripada saksi dalam kes ini, adakah ada yang menyebut nama Najib?

Rajagopal: Ya, beberapa saksi menyebut nama Najib berulang kali.

Rajagopal turut mengingat semula laporan awal polis dibuat bekas pemimpin UMNO Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang membawa kepada siasatan CBT.

Laporan itu berdasarkan pendedahan media mengenai isu tadbir urus di 1MDB, yang menyebabkan dana kekayaan berdaulat Malaysia itu menanggung hutang berbilion ringgit.

Pada 30 Oktober tahun lepas Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Najib, 71, menghadapi 25 pertuduhan, termasuk empat pertuduhan menyalahgunakan jawatannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung pada 7 April.

- Bernama

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Iowa viewed 'Police have arrested five men suspected of kidnapp' 37 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 42 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pasukan SMART selamat tiba di lokasi operasi di Sa' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Lumpia Recipe by Pia Wurtzbach Miss Universe 2015 ' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kansas viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran m' 1 hr 30 mins ago
A visitor from New york viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 1 hr 30 mins ago
A visitor from California viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Ampang viewed 'Pasukan SMART selamat tiba di lokasi operasi di Sa' 2 hrs 26 mins ago