Translate

27 March 2025

Pengetua tadika didenda RM2,000 pulas telinga murid sehingga cedera



Pengetua tadika didenda RM2,000 pulas telinga murid sehingga cedera

Bernama

27/03/2025


Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan terdapat kecederaan tisu lembut pada telinga kanan mangsa. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang pengetua sebuah tadika didenda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan dengan memulas telinga anak muridnya berusia enam tahun selepas tersalah menulis huruf G, tahun lepas.

Seorang pengetua tadika didenda maksimum RM2,000 dan berdepan penjara 20 hari jika gagal membayar denda, selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan dengan memulas telinga anak muridnya.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kerana tersalah menulis huruf G, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Tertuduh memohon hukuman denda minimum dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan, sementara Timbalan Pendakwa Raya memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam.

Hakim Nurulizwan Ahmad Zubir menjatuhkan hukuman ke atas wanita berusia 61 tahun itu dan memerintahkannya dipenjara 20 hari jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak perempuan dengan memulas telinga mangsa di sebuah tadika di Taman Cempaka di sini pada 11.30 pagi, 6 Mac 2024.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, pada 6 Mac tahun lepas, ibu kandung mangsa yang berumur 37 tahun dimaklumkan oleh anak sulungnya yang berumur 10 tahun bahawa adiknya telah dipukul tertuduh dengan menggunakan pen 'marker' pada tangan kanan.

Tertuduh juga menarik serta memulas telinga mangsa kerana tersalah menulis huruf G dan hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan terdapat kecederaan tisu lembut pada telinga kanan mangsa.

Terdahulu, peguam Jenifer Irithusamy mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum bagi memberi peluang kepada anak guamnya untuk meneruskan kehidupan ke arah yang lebih baik.

"Tertuduh yang merupakan ibu tunggal mempunyai dua anak dan bekerja sebagai pengetua di tadika dengan pendapatan RM3,000 sebulan. Tertuduh memohon maaf kepada mahkamah, polis dan mangsa dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama," kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi dan pengakuan bersalah tertuduh bukan membolehkannya secara automatik mendapatkan hukuman ringan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oregon viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'FAMA sasar RM250,000 jualan Program Mantai Semarak' 12 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Filipino mum gets 70 years jail for human traffick' 42 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 45 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 48 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Popular television host, actress and entrepreneur ' 49 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 51 mins ago
A visitor from Oregon viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Identiti Tiga Mangsa Maut Dikenal Pasti | BEST FBK' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 1 hr 27 mins ago