Translate

27 March 2025

Amang seksual kanak-kanak di masjid: Lelaki OKU tukar pengakuan



Amang seksual kanak-kanak di masjid: Lelaki OKU tukar pengakuan

Bernama

27/03/2025


Lelaki terbabit dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang pada Khamis, bagi sebutan kes seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di masjid dekat Batang Kali bulan lalu. - Foto Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Seorang lelaki OKU berumur 19 tahun menukar pengakuan kepada tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes pada 29 April untuk serahan dokumen selepas tertuduh menukar pengakuan.

Rakaman CCTV menunjukkan suspek menyelinap masuk ke ruang solat wanita dan cuba mencabul mangsa sebelum melarikan diri.

Lelaki berumur 19 tahun itu menukar pengakuan terbabit selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

"Faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah," katanya yang memakai kemeja-T berkolar berwarna kelabu.

Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk jatuh hukum selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan di mahkamah sama pada 27 Feb lepas.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun lapan bulan bagi maksud seksual di sebuah masjid di Batang Kali di Selangor pada 6.20 pagi, 21 Feb lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat, jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie memaklumkan kepada mahkamah bahawa memandangkan tertuduh telah menukar pengakuan, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan untuk serahan dokumen.

Peguam Lingswaran Singh yang mewakili tertuduh berkata pihaknya akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan terbabit.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan kes pada 29 April ini untuk serahan dokumen.

Sebelum ini, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki berkopiah putih menyelinap masuk ke ruang solat wanita sebelum memeluk seorang kanak-kanak dari arah belakang ketika sedang bersujud dan melarikan mangsa tanpa disedari jemaah lain.

Lelaki itu juga dilihat bergelut untuk cuba mencabul mangsa sebelum melarikan diri selepas mangsa melawan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Iowa viewed 'Lumpia Recipe by Pia Wurtzbach Miss Universe 2015 ' 6 mins ago
A visitor from Kansas viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 13 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 16 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran m' 16 mins ago
A visitor from New york viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 16 mins ago
A visitor from California viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 47 mins ago
A visitor from Ampang viewed 'Pasukan SMART selamat tiba di lokasi operasi di Sa' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Malaysian Prime Minister Tun Dr Mahathir Arrives i' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'US White House Press Briefing February 9, 2017 | B' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi susulan 5.1 skala Richter landa utara M' 1 hr 26 mins ago