Translate

27 March 2025

Serangan siber: PM arah NACSA, MKN bekerjasama rapat dengan MAHB



Serangan siber: PM arah NACSA, MKN bekerjasama rapat dengan MAHB

Agensi

27/03/2025


Anwar menekankan bahawa kerjasama pasukan kerajaan dan industri harus seiring, agar keupayaan menjaga infrastruktur kritikal negara daripada sebarang ancaman berada pada tahap tinggi. -Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) susulan serangan siber ke atas sistem digital MAHB.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan NACSA dan MKN untuk bekerjasama dengan MAHB susulan serangan siber ke atas sistem digital MAHB.

Kerajaan menekankan pentingnya memperkukuh keupayaan pakar tempatan dalam mengendalikan insiden keselamatan siber dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak asing.

Anwar menegaskan kerajaan tidak tunduk kepada tuntutan penggodam yang meminta bayaran AS$10 juta dan akan meningkatkan sistem keselamatan siber negara.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menekankan bahawa kerjasama pasukan kerajaan dan industri harus seiring, agar keupayaan menjaga infrastruktur kritikal negara daripada sebarang ancaman berada pada tahap tinggi.

"Insiden itu juga menunjukkan keupayaan tempatan untuk mengendali insiden keselamatan siber harus sentiasa pada tahap terbaik.

"Keupayaan kapasiti dan kompetensi pakar tempatan harus terus diperkukuh agar kebergantungan kepada pihak asing dalam mengurus sistem kritikal negara, diminimumkan," katanya dalam Taklimat Harian Perdana Menteri (PMO).

Tunku Nashrul menambah, kesiapsiagaan pakar tempatan dalam berhadapan sebarang insiden keselamatan siber akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Madani.

Hal ini kerana, ia merupakan jaminan agar keyakinan rakyat serta pelabur terhadap negara sentiasa pada tahap yang tinggi, ujarnya.

Dalam masa sama, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan hanya merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Perdana Menteri sebelum ini mendedahkan sistem digital MAHB telah diserang baru-baru ini, dengan penggodam menuntut bayaran AS$10 juta.

Bagaimanapun, Anwar berkata kerajaan tidak tunduk kepada ugutan itu, selain menyatakan keperluan meningkatkan sistem negara dengan dana tambahan kepada beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'At least 150 dead and h' 9 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 11 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 11 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'IGP orders Police Cyber Crime Unit to Investigate ' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kend' 14 mins ago
A visitor from Tennessee viewed '1MDB CEO in 2009 Shahrol Azral, went ahead with Is' 18 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'A Japanese woman jumped to her death from the 20th' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 22 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'UBER CEO Argues with UBER Driver | BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Ohio viewed '9 remanded in Penang over escape of police detaine' 46 mins ago