Translate

27 March 2025

AirAsia sahkan tiada kebakaran enjin pada penerbangan AK128



AirAsia sahkan tiada kebakaran enjin pada penerbangan AK128

Bernama

27/03/2025


Pesawat jenis Airbus A320-216 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Shenzhen, China itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan melakukan pendaratan kecemasan, malam tadi. -Gambar JBPM


SEPANG: AirAsia mengesahkan tiada kebakaran enjin berlaku pada penerbangan AK128 yang melakukan pendaratan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 2) tengah malam tadi, kira-kira dua jam setelah berlepas.

AirAsia mengesahkan tiada kebakaran enjin berlaku pada penerbangan AK128 yang terpaksa berpatah balik ke KLIA Terminal 2 kerana masalah teknikal.

Pesawat mendarat dengan selamat dan semua penumpang serta anak kapal dipindahkan ke pesawat lain yang berlepas ke Shenzhen.

AirAsia menegaskan keselamatan penumpang dan kru sentiasa menjadi keutamaan mereka dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu.

Menurut kenyataan hari ini, AirAsia memaklumkan penerbangan AK128 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Shenzhen, China pada Rabu, terpaksa berpatah balik berikutan masalah teknikal pada satu daripada enjin yang mencetuskan isyarat luar biasa.

"AirAsia mengesahkan tiada kebakaran enjin berlaku.

"Hasil pemeriksaan mendapati isyarat itu berpunca daripada masalah kerosakan saluran udara atau duct yang menyebabkan udara panas dilepaskan, memerlukan pesawat itu kembali ke pangkalan untuk dibaiki. Pesawat itu dijangka beroperasi semula pada 31 Mac ini," menurut kenyataan itu.

AirAsia memaklumkan sepanjang kejadian terbabit, juruterbang mengikuti prosedur ditetapkan dan memohon keutamaan pendaratan untuk memastikan keselamatan semua penumpang dan anak kapal.

"Pesawat itu mendarat tanpa sebarang insiden di KLIA Terminal 2 pada 12.06 tengah malam dan kesemua 171 penumpang serta enam anak kapal turun dengan selamat dan mereka dipindahkan ke pesawat lain yang berlepas pada 3.46 pagi.

"Penerbangan gantian itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao'an pada 7.51 pagi, 27 Mac," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Operasi Penerbangan) AirAsia Aviation Group Datuk Kapten Chester Voo dalam kenyataan sama berkata tiada kebakaran enjin berlaku pada pesawat terbabit seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

"Kru penerbangan bertindak pantas dan mengambil langkah sewajarnya mengikut protokol keselamatan dan operasi yang ditetapkan.

"Juruterbang dan anak kapal dilatih dengan baik untuk mengendalikan situasi seperti ini dan pesawat mendarat dengan selamat serta tiada kejadian lain berlaku selepas prosedur berkaitan dilakukan," katanya.

Justeru, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak Malaysia Airports, pasukan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dan pihak berkuasa keselamatan berkaitan atas kerjasama dan tindak balas pantas.

"Kami juga berterima kasih kepada penumpang AK128 atas kesabaran dan pemahaman mereka dan memastikan penerbangan gantian segera disediakan untuk menyambung perjalanan mereka.

"Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami dan AirAsia komited dalam mengekalkan standard keselamatan tertinggi bagi memastikan kesejahteraan penumpang dan kru pada setiap masa," kata Voo.

Terdahulu, media tempatan melaporkan penerbangan AirAsia dalam perjalanan ke Shenzhen terpaksa berpatah balik ke KLIA Terminal 2 sejurus berlepas dipercayai akibat kebakaran enjin.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'FAMA sasar RM250,000 jualan Program Mantai Semarak' 4 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Filipino mum gets 70 years jail for human traffick' 34 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 37 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 40 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Popular television host, actress and entrepreneur ' 40 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 43 mins ago
A visitor from Oregon viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Identiti Tiga Mangsa Maut Dikenal Pasti | BEST FBK' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 25 mins ago