Translate

27 March 2025

Tertipu dengan tawaran kerja yang tidak wujud, peniaga rugi lebih RM120,000



Tertipu dengan tawaran kerja yang tidak wujud, peniaga rugi lebih RM120,000

Bernama

26/03/2025


Siasatan awal di platform 'semak mule CCID' mendapati lima akaun terlibat mempunyai 22 rekod laporan polis melibatkan kes penipuan pelaburan dan tawaran pekerjaan sambilan. - Gambar hiasan/Freepik


JOHOR BAHRU: Seorang peniaga berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM120,000 selepas tertipu dengan tawaran pekerjaan dalam talian yang sebenarnya tidak wujud, Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata lelaki berusia 38 tahun itu mendakwa dia melihat iklan pekerjaan itu di platform Google pada 24 Jan lepas, dan terus menekan pautan diberikan untuk urusan selanjutnya.

Beliau berkata selepas tertarik dengan iklan yang menjanjikan keuntungan tinggi bagi setiap jualan dilakukan, lelaki itu telah membuat 11 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank berlainan dari 3 hingga 28 Feb berjumlah RM120,873.69.

"Peniaga itu sedar dia ditipu selepas gagal mendapatkan semula wang berkenaan, sebaliknya dia diminta membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan keuntungan dan menutup akaun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata siasatan awal di platform 'semak mule CCID' mendapati lima akaun terlibat mempunyai 22 rekod laporan polis melibatkan kes penipuan pelaburan dan tawaran pekerjaan sambilan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Louisiana viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 8 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'World No. 1 Lee Chong Wei has had it with what he ' 25 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 31 mins ago
A visitor from Wyoming viewed '80% of the distress calls made to firemen here to ' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from California viewed 'Man missing since Sunday in Indonesia has been fou' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from New york viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 3 hrs 33 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 3 hrs 44 mins ago