Translate

27 March 2025

76,000 ekor babi dijangkiti ASF di Selangor selesai dilupuskan - Exco



76,000 ekor babi dijangkiti ASF di Selangor selesai dilupuskan - Exco

Bernama

26/03/2025


Izham berkata, kerja melupuskan ternakan terbabit juga selesai dilaksanakan lebih awal dari tarikh jangkaan, iaitu pada 31 Mac ini. - Gambar fail


SHAH ALAM: Kira-kira 76,000 ekor babi yang dijangkiti penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di 57 ladang di sekitar Kuala Langat dan Sepang telah selesai dilupuskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor pada minggu lepas.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Datuk Izham Hashim berkata kerja melupuskan ternakan terbabit juga selesai dilaksanakan lebih awal dari tarikh jangkaan, iaitu pada 31 Mac ini.

"Semua ladang babi di dua daerah itu ada 115 termasuk satu ladang haram. DVS telah membuat siasatan ke semua tapak berkenaan dan sebanyak 57 ladang dikesan positif ASF manakala bakinya negatif," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.

Dalam pada itu, Izham berkata sebanyak 68 ekor babi serta 9,405.7 kilogram karkas babi telah disita DVS Selangor atas pelbagai kesalahan antaranya memindahkan dan membawa keluar haiwan itu dari ladang.

Beliau berkata tujuh kertas siasatan di bawah Seksyen 34 dan Seksyen 36 Akta Binatang 1953 telah dibuka dan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Izham berkata pihaknya juga telah menyediakan kertas dasar berhubung pengurusan ladang haiwan berkenaan yang kini dalam proses mendapatkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), antara lain bagi mengelakkan insiden yang sama berlaku pada masa hadapan.

Dalam perkembangan lain, Izham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah berkata sebanyak 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing akan diagihkan bersempena dengan Program Sumbangan Korban Negeri Selangor (PSKNS) 2025 bagi sambutan Aidiladha nanti dengan peruntukan berjumlah RM6 juta.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Paris viewed 'Jemaah Menteri ajak rakyat manfaatkan Aidilfitri k' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '10 Best Char Kway Teow Places In KL / PJ | BEST FB' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 38 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 38 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 47 mins ago
A visitor from New york viewed 'North Korean man who was arrested to assist in inv' 1 hr 1 min ago
A visitor from Iowa viewed 'Police have arrested five men suspected of kidnapp' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pasukan SMART selamat tiba di lokasi operasi di Sa' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Lumpia Recipe by Pia Wurtzbach Miss Universe 2015 ' 2 hrs 22 mins ago