Translate

26 March 2025

Polis diminta siasat segera video tular wanita Dayak dimaki isu perkauman



Polis diminta siasat segera video tular wanita Dayak dimaki isu perkauman

Bernama

25/03/2025


Aaron turut mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia agar terus menjaga keharmonian dan perpaduan negara dengan saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Polis digesa menjalankan siasatan segera terhadap satu video tular mengenai seorang jurujual wanita berketurunan Dayak yang didakwa diugut dan dimaki seorang lelaki, termasuk melibatkan perkataan berbaur perkauman dalam insiden di Central i-City Shah Alam baru-baru ini.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada pelaku, sambil menyifatkan perbuatan berbaur perkauman dan tidak bertamadun, malah bertentangan dengan prinsip Rukun Negara itu harus ditangani secara serius.

"Insiden seperti ini tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini. Setiap individu berhak untuk dihormati tanpa mengira latar belakang etnik, agama, atau status sosial mereka.

"Kementerian Perpaduan Negara tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana kaum di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Aaron turut mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia agar terus menjaga keharmonian dan perpaduan negara dengan saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain.

Terdahulu, tular menerusi aplikasi TikTok rakaman video berserta kapsyen yang mendakwa seorang jurujual wanita berketurunan Dayak, diugut dan dimaki pelanggannya termasuk berbaur perkauman, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dalam transaksi jual beli.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malay' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Empat Cedera Lantai Rumah Runtuh Ketika Beraya | B' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Nazrin berangkat ke majlis hari raya pering' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota tentera dikatakan tumbuk pemandu wanita di' 21 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 24 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'KL court official called back to court for trial |' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Laporan insiden lelaki OKU maut digilis tren dihan' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PDRM kekal teguh jaga keamanan' 35 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 44 mins ago