Translate

26 March 2025

Mindef lancar program JanaVeteran bagi tingkat kesejahteraan veteran ATM



Mindef lancar program JanaVeteran bagi tingkat kesejahteraan veteran ATM

Bernama

26/03/2025


Khaled berkata menerusi program tanaman halia dan cili fertigasi, BPlant akan menyediakan plot fertigasi di atas tanah seluas 105 hektar untuk veteran ATM terpilih. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Selasa melancarkan program JanaVeteran bagi membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menceburi bidang pertanian menerusi program tanaman halia dan cili fertigasi serta usahawan tani veteran.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata inisiatif hasil kerjasama Boustead Plantations Berhad (BPlant) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) itu membuka peluang buat veteran ATM menjana pendapatan dalam bidang keusahawanan tani selain menyokong usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara.

Beliau berkata menerusi program tanaman halia dan cili fertigasi, BPlant akan menyediakan plot fertigasi di atas tanah seluas 105 hektar untuk veteran ATM terpilih, dengan 80 hektar bagi penanaman halia dan baki 25 hektar untuk penanaman cili.

"Pada peringkat permulaan, program ini akan melibatkan 100 veteran ATM yang menguruskan penanaman halia dan cili dengan potensi pendapatan RM3,000 sebulan bagi setiap peserta," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa Menteri Pertahanan bersama pengamal media di sini pada Selasa.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar dan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama Nasriah Darus.

Mohamed Khaled berkata projek rintis bagi program itu akan dimulakan di Kota Tinggi, Johor, melibatkan 15 peserta di tanah seluas 12 hektar, dengan sasaran pengeluaran 3,500 tan metrik halia dan 350 tan metrik cili setahun dalam tempoh tiga tahun.

Bagi program usahawan tani veteran, beliau berkata ia akan memberikan peluang kepada pesara tentera untuk menjadi usahawan dalam bidang pertanian dengan mengusahakan tanaman kontan yang tersenarai dalam program Keterjaminan Makanan Negara.

"Sebagai sebahagian daripada usaha ini, BPlant telah mengenal pasti 300 hektar tanah milik mereka di Semenanjung Malaysia untuk diusahakan dengan tanaman kontan," katanya.

Pada majlis sama, Mohamed Khaled turut menyempurnakan prapelancaran aplikasi PERWIRA Super App, sebuah aplikasi dibangunkan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) Network dengan kerjasama Mastercard International bertujuan mempercepat transformasi digital komuniti Kementerian Pertahanan, menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dengan ciri keselamatan canggih, cekap, selamat dan mesra pengguna.

Antara fungsi aplikasi itu ialah perkhidmatan kewangan, E-Marketplace, diskaun eksklusif dan ganjaran kesetiaan serta Hab e-Learning.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Maryland viewed 'US White House Press Briefing February 9, 2017 | B' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pesawat AirAsia KL-Shenzen Mendarat Cemas #MGFlash' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rosmah dibenar masukkan keraj' 46 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Video Of Armed Robbery that left security guards b' 49 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Southampton Stun Liverpool at Anfield with late go' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LELAKI WARGA PAKISTAN SCAM PENIAGA GUNA TAKTIK SAM' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LELAKI WARGA PAKISTAN SCAM PENIAGA GUNA TAKTIK SAM' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2.77 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya utama' 59 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Pesawat AirAsia KL-Shenzen Mendarat Cemas #MGFlash' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 1 hr 5 mins ago