Pejabat LHDN ditutup dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri
Bernama
27/03/2025

Pejabat LHDN di seluruh negara tidak akan beroperasi pada 31 Mac dan 1 April ini dan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 April.
PUTRAJAYA:
Semua pejabat LHDN di seluruh negara akan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 April.
Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan, pembayar cukai digalakkan untuk melaksanakan sebarang urusan percukaian secara dalam talian melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ bagi mengelakkan sebarang kesulitan serta memastikan proses transaksi berjalan dengan lebih pantas dan efisien.
"Di kesempatan ini, LHDN ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan yang beragama Islam. Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan kepada semua," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA