Translate

25 March 2025

Aidilfitri: 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang



Aidilfitri: 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang

Bernama

25/03/2025


Sebanyak 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri minggu depan. - Gambar fail/BERNAMA


GEORGE TOWN: Sebanyak 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri minggu depan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata jumlah itu berdasarkan jangkaan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (JSPT) melibatkan kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sepanjang pelaksanaan Op Selamat 24 bermula 29 Mac hingga 3 April ini.

"Pulau Pinang berada di pertengahan antara Kedah dengan Perak dan sebagainya, jadi sebab itu kita jangkakan laluan tersebut akan mencecah 2.6 juta.

"Bukan hanya rakyat Pulau Pinang sahaja melalui lebuh raya tersebut untuk pulang ke kampung tetapi juga dari negeri-negeri berjiran," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Mohd Alwi berkata sebanyak 331 anggota JSPT akan bertugas bagi melaksanakan rondaan dan kawalan sepanjang tempoh pelaksanaan Op Selamat 24.

Beliau turut memaklumkan hanya 10 peratus daripada kira-kira 6,700 anggota dan pegawai polis melibatkan kontinjen Pulau Pinang dibenarkan bercuti raya manakala selebihnya bertugas seperti biasa.

Katanya, penugasan turut melibatkan rondaan di kawasan perumahan termasuk kampung-kampung bagi menjaga keselamatan dan kepentingan awam termasuk harta benda berikutan ketiadaan penghuni yang pulang untuk berhari raya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'DVS Selangor lupus 14,000 babi dijangkiti ASF seta' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Thai PM sails through no-confidence vote in parlia' 4 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 5 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Two reports of incidents of rape and sodomy involv' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed '50 per cent Aidilfitri toll discount on March 28 a' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KECOH PENIAGA AIR MINERAL MENGAMUK SOUND PENGUATKU' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anwar Beri Tempoh 1 Bulan Kepada Felda Mengemukaka' 18 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Bufet Iftar Legenda Rasa Wyndham Acmar Klang Meman' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'HK Superstar Jacky Cheung gave his fans a scare af' 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri | BEST F' 28 mins ago