Translate

27 March 2025

Aidilfitri: Orang ramai dinasihat utamakan keselamatan gas, elektrik



Aidilfitri: Orang ramai dinasihat utamakan keselamatan gas, elektrik

Bernama

26/03/2025


ST memaklumkan wayar kelengkapan elektrik perlu diperiksa bagi memastikan ia tidak koyak atau terdedah sebelum digunakan. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai agar mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

ST menerusi kenyataan hari ini memaklumkan dalam aspek keselamatan elektrik, orang ramai disaran memastikan pendawaian elektrik di rumah adalah selamat dengan cara melakukan uji peranti arus baki (PAB) dengan menekan butang uji "T" sekurang-kurangnya sekali sebulan.

"Jika PAB berfungsi dengan baik, ia akan terpelantik dan bekalan elektrik akan terputus serta-merta. Dapatkan perkhidmatan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan ST untuk menggantikan PAB sekiranya ia tidak berfungsi," menurut kenyataan itu.

Selain itu, ST memaklumkan wayar kelengkapan elektrik perlu diperiksa bagi memastikan ia tidak koyak atau terdedah sebelum digunakan.

ST turut mengingatkan orang ramai agar menggunakan kelengkapan elektrik dan lampu hiasan dengan label keselamatan ST-SIRIM, manakala suis dan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan sekiranya pulang ke kampung atau bercuti.




Orang ramai juga diingatkan mengelakkan soket terbeban dengan menggunakan kelengkapan elektrik yang berlebihan dan mengelak menggantung perhiasan perayaan pada tiang elektrik serta tidak menggunakan telefon bimbit semasa dicas.

Bagi keselamatan gas pula, ST menyarankan orang ramai memastikan dapur gas memasak dalam keadaan selamat dengan mengguna perkakas dapur gas yang mempunyai label keselamatan ST SIRIM dan memastikan bukaan pengudaraan secukupnya di kawasan dapur memasak.

"Sekiranya mengesan bau kebocoran gas di kawasan dapur memasak, buka tingkap atau pintu untuk menggalakkan pengudaraan, tidak menggunakan peralatan atau kelengkapan yang boleh mencetuskan penyalaan, tidak buka atau tutup suis dan cari kebocoran gas dengan menggunakan alat pengesan kebocoran gas atau buih sabun dan baiki dengan segera," menurut kenyataan itu.

ST menasihati pengguna supaya tidak meninggalkan dapur gas memasak ketika digunakan tanpa pengawasan sepenuhnya dan pastikan injap silinder gas ditutup sekiranya ingin pulang ke kampung atau bercuti.

"Dapatkan perkhidmatan kontraktor gas yang berdaftar dengan ST untuk sebarang kerja pembaikan gas berpaip di rumah," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Washington viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 21 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 21 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Seorang jemaah haji dari Malaysia dibawah kelolaan' 24 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A Japanese woman jumped to her death from the 20th' 40 mins ago
A visitor from New york viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang | BEST FBKL' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan anggota tentera 'tumbuk' pe' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kend' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Peniaga, PBT perlu bertanggungjawab dalam menjalan' 1 hr 25 mins ago