Translate

27 March 2025

APM guna dron dalam Op Prihatin sempena Aidilfitri



APM guna dron dalam Op Prihatin sempena Aidilfitri

Bernama

26/03/2025


Aminurrahim menyampaikan risalah kempen keselamatan pada Pelancaran Op Prihatin Siri 2 Perayaan Aidilfitri Tahun 2025 di Petronas Solaris, Serdang hari ini. - Bernama


SERDANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menggunakan 28 unit dron berteknologi tinggi bagi membantu penugasan dalam Op Prihatin Siri 2 yang bermula esok hingga 6 April ini.

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, sebanyak dua unit dron akan ditempatkan di setiap negeri bagi membolehkan pemantauan trafik dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan.

"Teknologi ini membantu APM dalam mengawasi keadaan lalu lintas, mengenal pasti lokasi kemalangan atau kecemasan dengan lebih pantas seperti tanah runtuh dan jalan rosak serta menyelaras bantuan dengan lebih efisien.

"Selain itu, dron juga berperanan dalam rondaan keselamatan khususnya di kawasan berisiko tinggi yang sukar diakses oleh pasukan bertugas," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Op Prihatin Siri 2 sempena Aidilfitri 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata Op Prihatin siri kedua yang dilancarkan serentak hari ini di enam zon iaitu Selangor, Kedah, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak membabitkan penugasan sebanyak 2,364 pegawai dan anggota.

Selain itu, Aminurrahim berkata 15,000 anggota dan pegawai sukarelawan APM menerusi inisiatif SIGAP bersedia membantu dalam Op Prihatin sempena Aidilfitri ini.

Beliau berkata insiatif itu memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman secara sementara dan berdasarkan keperluan semasa.

"Contohnya apabila berlaku kecemasan seperti luka kecil, mereka ini dapat membantu memberikan rawatan atau respons awal sebelum bantuan daripada pihak yang berkaitan," katanya.

Penugasan APM sempena Op Prihatin meliputi khidmat kemanusiaan seperti kes pokok tumbang, kemalangan jalan raya, rondaan di lokasi tumpuan dan ilmu pertahanan awam kepada komuniti.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Wyoming viewed '80% of the distress calls made to firemen here to ' 1 min ago
A visitor from California viewed 'Man missing since Sunday in Indonesia has been fou' 27 mins ago
A visitor from New york viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 52 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 1 hr 1 min ago
A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 2 hrs ago