Translate

25 March 2025

Aidilfitri: 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang



Aidilfitri: 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang

Bernama

25/03/2025


Sebanyak 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri minggu depan. - Gambar fail/BERNAMA


GEORGE TOWN: Sebanyak 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri minggu depan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata jumlah itu berdasarkan jangkaan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (JSPT) melibatkan kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sepanjang pelaksanaan Op Selamat 24 bermula 29 Mac hingga 3 April ini.

"Pulau Pinang berada di pertengahan antara Kedah dengan Perak dan sebagainya, jadi sebab itu kita jangkakan laluan tersebut akan mencecah 2.6 juta.

"Bukan hanya rakyat Pulau Pinang sahaja melalui lebuh raya tersebut untuk pulang ke kampung tetapi juga dari negeri-negeri berjiran," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Mohd Alwi berkata sebanyak 331 anggota JSPT akan bertugas bagi melaksanakan rondaan dan kawalan sepanjang tempoh pelaksanaan Op Selamat 24.

Beliau turut memaklumkan hanya 10 peratus daripada kira-kira 6,700 anggota dan pegawai polis melibatkan kontinjen Pulau Pinang dibenarkan bercuti raya manakala selebihnya bertugas seperti biasa.

Katanya, penugasan turut melibatkan rondaan di kawasan perumahan termasuk kampung-kampung bagi menjaga keselamatan dan kepentingan awam termasuk harta benda berikutan ketiadaan penghuni yang pulang untuk berhari raya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Indiana viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 40 secs ago
A visitor from Wyoming viewed '80% of the distress calls made to firemen here to ' 1 hr 45 mins ago
A visitor from California viewed 'Man missing since Sunday in Indonesia has been fou' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from New york viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 2 hrs 45 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 3 hrs 34 mins ago