Translate

25 March 2025

Pengurus syarikat rugi RM2.08 juta, terperdaya skim pelaburan tidak wujud



Pengurus syarikat rugi RM2.08 juta, terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama

25/03/2025


Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa berusia 52 tahun itu menyertai pelaburan berkenaan pada Ogos lepas apabila dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang ditadbir individu bernama Charles. - Gambar fail/BERNAMA


SHAH ALAM: Seorang pengurus syarikat mengalami kerugian RM2.08 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa berusia 52 tahun itu menyertai pelaburan berkenaan pada Ogos lepas apabila dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang ditadbir individu bernama Charles.

Beliau berkata sebagai modal pelaburan, mangsa telah diminta membuat sembilan transaksi pembayaran ke sembilan akaun bank berbeza berjumlah RM2.08 juta.

"Mangsa tampil membuat laporan polis selepas mula menyedari ditipu apabila diminta membuat pelbagai bayaran tambahan sekiranya ingin mengeluarkan keuntungan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hussein berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan di media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 3 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 15 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 43 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Religious difference is not a barrier for familial' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from New york viewed 'Datin Seri Rosmah Mansor is a “long-standing” cust' 2 hrs 38 mins ago