Translate

25 March 2025

Aidilfitri: 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang



Aidilfitri: 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang

Bernama

25/03/2025


Sebanyak 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri minggu depan. - Gambar fail/BERNAMA


GEORGE TOWN: Sebanyak 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri minggu depan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata jumlah itu berdasarkan jangkaan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (JSPT) melibatkan kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sepanjang pelaksanaan Op Selamat 24 bermula 29 Mac hingga 3 April ini.

"Pulau Pinang berada di pertengahan antara Kedah dengan Perak dan sebagainya, jadi sebab itu kita jangkakan laluan tersebut akan mencecah 2.6 juta.

"Bukan hanya rakyat Pulau Pinang sahaja melalui lebuh raya tersebut untuk pulang ke kampung tetapi juga dari negeri-negeri berjiran," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Mohd Alwi berkata sebanyak 331 anggota JSPT akan bertugas bagi melaksanakan rondaan dan kawalan sepanjang tempoh pelaksanaan Op Selamat 24.

Beliau turut memaklumkan hanya 10 peratus daripada kira-kira 6,700 anggota dan pegawai polis melibatkan kontinjen Pulau Pinang dibenarkan bercuti raya manakala selebihnya bertugas seperti biasa.

Katanya, penugasan turut melibatkan rondaan di kawasan perumahan termasuk kampung-kampung bagi menjaga keselamatan dan kepentingan awam termasuk harta benda berikutan ketiadaan penghuni yang pulang untuk berhari raya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Tennessee viewed 'North Korea accuses Malaysia of Colluding With Hos' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nation celebrates dedicati' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 3 hrs 45 mins ago