Translate

25 March 2025

PGA gempur sindiket balak haram



PGA gempur sindiket balak haram

Bernama

25/03/2025


Nik Ros Azhan berkata pihaknya menemukan lebih 500 batang balak dan kayu yang telah dipotong, dan semua suspek gagal mengemukakan permit atau lesen sah daripada Jabatan Perhutanan. - Foto Facebook Briged Tenggara PGA Rasmi


KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan tiga lelaki ditahan yang disyaki terlibat dalam pembalakan haram, dan merampas balak serta kayu yang dianggarkan bernilai hampir RM1 juta, dalam serbuan menerusi Op Bersepadu Khazanah di pintu gerbang Sungai Sam, Paloh, Gua Musang, Ahad lepas.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Ab Rahman berkata ketika serbuan pada kira-kira 4 petang itu, semua suspek yang berumur 28 hingga 52 tahun didapati sedang leka mengumpul hasil hutan yang telah diproses.

Beliau berkata pihaknya menemukan lebih 500 batang balak dan kayu yang telah dipotong, dan semua suspek gagal mengemukakan permit atau lesen sah daripada Jabatan Perhutanan.

"Kesemua suspek dipercayai berperanan sebagai penghantar hasil hutan haram untuk dijual ke pasaran tempatan, dan mereka disiasat mengikut Seksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985. Turut dirampas dalam operasi itu adalah pelbagai mesin jentera memproses kayu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ros Azhan berkata kesemua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Paloh dan Jabatan Perhutanan Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu beliau berkata pada hari yang sama PGA turut berjaya merampas peralatan dan mesin memproses kayu secara haram dalam pemeriksaan di sebuah kilang kayu di Kampung Lela Jasa, Kuala Krai kira-kira 10 malam.

"Semua mesin dan jentera memproses kayu seperti mesin Bound Saw, Cross Cut, mesin ketam kayu Tokiwa dan lain-lain dirampas, dan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun dipercayai penjaga kilang turut ditahan bagi membantu siasatan. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM500,000," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985, manakala suspek serta barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

Selain itu Nik Ros Azhan berkata PGA turut berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan arak yang dikesan di pengkalan haram Nibong, Kuala Jambu, Tumpat pada 2.30 petang semalam apabila anggota rondaan menemukan beberapa kotak minuman di tebing sungai.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kotak tersebut mengandungi 119 botol arak jenama Hong Thong dan Chang bernilai RM2,380 yang dipercayai diseludup dari Thailand untuk pasaran tempatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan semua hasil rampasan telah dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 5 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 11 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 49 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 1 hr 1 min ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 2 hrs 40 mins ago