Translate

24 March 2025

Dua penuntut sekolah pondok maut kereta dinaiki terbabas



Dua penuntut sekolah pondok maut kereta dinaiki terbabas

Bernama

24/03/2025


Siasatan awal polis mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Pondok Haji Bakri menghala ke Jengka 21 hilang kawalan lalu terbabas ke dalam cerun dan melanggar pokok. - Foto JBPM Pahang


KUANTAN: Dua penuntut sekolah pondok maut manakala seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok ketika melalui selekoh Jalan Jengka 23, Bandar Pusat Jengka semalam.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata kemalangan kira-kira 1.20 tengah hari itu menyebabkan penumpang belakang kenderaan itu, Mohd Rahinuddin Ibrahim, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang hadapan, Abd Aziz Othman, 73, di Hospital Temerloh.

Beliau berkata pemandu kereta jenis Perodua Myvi itu, Jamaluddin Md Adam, 74, yang juga guru sekolah pondok mengalami sakit pada bahagian dada dan kini dirawat di Hospital Jengka.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta itu yang dalam perjalanan dari Pondok Haji Bakri, Chenor menghala ke Jengka 21 telah hilang kawalan lalu terbabas ke dalam cerun di sebelah kanan dan melanggar pokok," katanya dalam kenyataan semalam.

Wong berkata kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PPR resident injured by bicycle thrown from 12th f' 24 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 27 mins ago
A visitor from New york viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 40 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 43 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'BEST FBKL' 51 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Prebet Meninggal Dunia Akibat Hentakan Kuat Di Dad' 58 mins ago