Translate

27 March 2025

Dua beradik maut: Nanta minta laporan segera daripada syarikat konsesi



Dua beradik maut: Nanta minta laporan segera daripada syarikat konsesi

Bernama

26/03/2025


NANTA: Saya tidak mahu ada lagi nyawa yang melayang disebabkan oleh kelemahan infrastruktur jalan raya. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengarahkan syarikat konsesi menyediakan laporan terperinci dengan kadar segera susulan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian dua pelajar adik-beradik di Kluang, Johor baru-baru ini.

Beliau berkata dalam pertemuan lebih dua jam bersama wakil syarikat konsesi itu di Melaka hari ini, pihak syarikat diarahkan memberi penjelasan kepadanya serta pengurusan tertinggi kementerian.

"Saya telah membatalkan mesyuarat pasca-Kabinet di kementerian untuk bertemu sendiri dengan wakil syarikat konsesi yang bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan jalan berkenaan iaitu Selia Senggara Selatan Sdn Bhd di Melaka.

"Saya juga telah menegur dengan tegas bahawa syarikat konsesi perlu meningkatkan usaha untuk memastikan jalan yang berada di bawah tanggungjawab mereka sentiasa dalam keadaan baik demi keselamatan pengguna," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut mengingatkan syarikat konsesi agar tidak bertindak hanya selepas tragedi berlaku kerana pematuhan standard penyelenggaraan jalan bukan sekadar tanggungjawab kontrak, tetapi juga satu amanah untuk memastikan keselamatan rakyat.

"Saya tidak mahu ada lagi nyawa yang melayang disebabkan oleh kelemahan infrastruktur jalan raya," katanya.

Pada 21 Mac, media melaporkan dua beradik, Norhazim Kamaruzaman, 17, dan Nur Alif Ikhwan, 16, maut akibat parah di kepala serta badan selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang ketika dalam perjalanan ke sekolah.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Watch Out!, JPJ and Police have come up with a lis' 24 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 24 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 34 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 52 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 1 min ago
A visitor from California viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Tigerair said that Flight TR2993, which was carryi' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembiayaan kerajaan sebanyak RM131.5 juta bantu PK' 1 hr 14 mins ago
A visitor from California viewed 'Johor executive councillor Datuk Abdul Latif Bandi' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 2 hrs 21 mins ago