Translate

27 March 2025

24 lagi rakyat Malaysia terlibat sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar tiba di tanah air



24 lagi rakyat Malaysia terlibat sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar tiba di tanah air

Bernama

26/03/2025


Mereka merupakan kumpulan ketiga rakyat Malaysia yang berjaya dibawa pulang berikutan operasi pembanterasan sindiket penipuan dalam talian di Myanmar. - Foto: Royal Thai Army


BUKIT KAYU HITAM: Seramai 24 lagi warganegara Malaysia yang terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myawaddy, Myanmar telah selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam hari ini.

Mereka tiba di ICQS pada 5.55 petang dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata mereka merupakan kumpulan ketiga rakyat Malaysia yang berjaya dibawa pulang berikutan operasi pembanterasan sindiket penipuan dalam talian di kawasan Myawaddy, Wilayah Kayin, Myanmar.

"Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon dan Bangkok telah memudah cara penghantaran pulang kesemua mereka.

"Usaha penghantaran pulang sebelum ini telah dilaksanakan pada 24 Feb 2025 melibatkan 15 orang rakyat Malaysia dan pada 12 Mac 2025 melibatkan 25 warganegara Malaysia," menurut kementerian itu.

Menurut Kementerian Luar kesemua operasi itu dilaksanakan melalui kerjasama erat antara agensi termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

Kementerian itu turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Thailand dan pihak berkuasa Myanmar atas kerjasama berterusan mereka dalam memudahkan serta mempercepatkan proses penghantaran pulang 24 rakyat Malaysia.

"Kementerian Luar terus komited dalam memastikan kebajikan warganegara Malaysia di luar negeri sentiasa terpelihara dan akan terus menyediakan bantuan konsular melalui Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negeri kepada mereka yang memerlukan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Washington viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 18 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 18 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Seorang jemaah haji dari Malaysia dibawah kelolaan' 22 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A Japanese woman jumped to her death from the 20th' 38 mins ago
A visitor from New york viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang | BEST FBKL' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan anggota tentera 'tumbuk' pe' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kend' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Peniaga, PBT perlu bertanggungjawab dalam menjalan' 1 hr 22 mins ago