Translate

25 March 2025

Kumpulan ketiga 24 rakyat Malaysia yang diselamatkan di Myanmar akan dihantar pulang



Kumpulan ketiga 24 rakyat Malaysia yang diselamatkan di Myanmar akan dihantar pulang

Bernama

24/03/2025


Proses penghantaran pulang dijalankan dengan penyelarasan rapat antara Kedutaan Malaysia di Yangon, Kedutaan Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla. - Foto: Royal Thai Army


BANGKOK: Kumpulan ketiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang diselamatkan di Myanmar, terdiri daripada 24 individu dijangka dihantar pulang esok.

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui, berkata kedutaan di Bangkok sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand dan Kedutaan Malaysia di Yangon untuk mengesahkan semua rakyat Malaysia yang dihantar pulang dari Myanmar.

Beliau berkata pihak berkuasa Myanmar dijangka menghantar pulang mangsa ke Thailand melalui Jambatan Persahabatan Kedua Thailand-Myanmar di Mae Sot, pagi esok.

"Kumpulan ini terdiri daripada mangsa berumur antara 19 hingga 37 tahun, termasuk seorang wanita. Mereka akan dihantar pulang serta-merta melalui darat dari Mae Sot ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam melalui bas," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Isnin.

Mereka dijangka tiba di Bukit Kayu Hitam pada petang Rabu.

Bong berkata proses penghantaran pulang dijalankan dengan penyelarasan rapat antara Kedutaan Malaysia di Yangon, Kedutaan Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

"Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia) juga telah memberi arahan untuk menganggap latihan penghantaran pulang ini sebagai keutamaan bagi memastikan kesemua mangsa warga Malaysia selamat kembali ke tanah air.

"Kedutaan berkaitan juga berhubung dengan keluarga mangsa yang telah menghubungi pelbagai agensi kerajaan sebelum ini, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Luar Malaysia, atau yang telah menghubungi kedutaan secara langsung.

"Kami berharap lebih ramai mangsa boleh dibebaskan dalam masa terdekat," katanya.

Sejak Februari, 40 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian di Myawaddy, Myanmar berjaya diselamatkan dan dihantar pulang dalam dua kumpulan berasingan pada 24 Feb dan 12 Mac.

Sementara itu, pada 21 Mac, Kementerian Luar Thailand mengumumkan bahawa seramai 4,895 individu dari pelbagai kewarganegaraan yang diselamatkan daripada dakwaan penipuan sindiket pekerjaan di Myanmar telah dihantar pulang ke negara asal mereka.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PPR resident injured by bicycle thrown from 12th f' 19 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 23 mins ago
A visitor from New york viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 35 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 38 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Prebet Meninggal Dunia Akibat Hentakan Kuat Di Dad' 53 mins ago